25.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cuba Kalau Mereka Tengah Garu Belakang Badan, Saya Pula Rakam’- Ammar Ahyan

    Shopee Sale

    Anak kepada jutawan dan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mengakui berasa kurang selesa apabila setiap gerak-gerinya di kuliah dirakam tanpa kebenaran oleh rakan sekelas. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri & Isteri Hadiahkan Porsche Kepada Ammar Ahyan – ‘Solat Jangan Tinggal’ 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup Dalam Broken Family Tidak Mudah, Saya Sanggup Bayar RM1 Juta Untuk Ubah Kisah Silam’ – Aliff Syukri

    Tidak selesa dirakam tanpa izin

    Ketika ditemui , Ammar mendedahkan bahawa ada segelintir rakan sekelas yang merakam dirinya ketika sedang tidur dan menggaru belakang badan. 

    Perbuatan itu membuatkan dia berasa tidak senang kerana seolah-olah setiap gerak-gerinya diperhatikan. 

    Dalam kelas ada yang rakam tanpa pengetahuan waktu tertidur, tengah main telefon bahkan, ketika sedang garu belakang badan pun, ada yang buat video. “Cuba kalau mereka tengah garu belakang badan, saya pula rakam (video), macam mana perasaan mereka? 

    Jangan ambil gambar saya. Jangan mengaibkan saya.

    Bimbang isu buli

    Dalam pada itu, Ammar, 17, turut meluahkan kebimbangan terhadap isu buli yang semakin berleluasa, bukan sahaja di sekolah tetapi juga di institusi pengajian tinggi. 

    Saya takut sebab kes ini bukan berlaku di sekolah saja, tapi juga di kolej dan universiti. Lagi bahaya sebab orang dewasa ada duit dan boleh beli senjata-senjata.

    Macam saya sendiri, saya elakkan bersosial dengan orang yang salah. Saya (orang yang) senyap, pergi makan dan balik rumah. 

    Saya kalau waktu makan memang sorang-sorang (seorang diri). Dalam hidup ini,kita kena jaga siapa kawan. Kehidupan kolej saya tidaklah semeriah seperti yang saya sangka.

    Sekadar info, Ammar Ahyan merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Aliff Syukri. Ammar kini sedang melanjutkan pelajaran di Taylor’s University.

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Merespon Video Jelingan Tajam Kru di 'Backstage' Konsert Tular: 'Saya Boleh Jadi Singa'

     

    The post ‘Cuba Kalau Mereka Tengah Garu Belakang Badan, Saya Pula Rakam’- Ammar Ahyan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah