Hantaran pelakon Mia Sara menyorot perhatian netizen apabila dilihat lantang bersuara selepas memberi kenyataan mengenai kontroversi yang melibatkan dirinya dengan aktres, Puteri Balqis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Hanya Jumpa Puteri Balqis Sekali Saja Seumur Hidup, Tuduhan Buli Sangat Berat’ – Mia Sara
Artikel Berkaitan: Mia Sara Kagum Dengan Bakat Puteri Balqis, Niat Baik Disalah Tafsir Netizen – ‘Tak Pernah Cakap Buruk’
Lantang bersuara

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, Mia atau nama penuhnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa dia menerima kecaman berunsur ‘body shaming’ daripada netizen selepas bersuara.
Selain itu, Mia turut menyifatkan golongan tersebut seperti kanak-kanak yang kalah dalam perbincangan, lalu bertindak menyerang perkara peribadi.
Bila dah kalah dengan fakta, mula lah kata tak mahu mendengar.
Body shaming dan sebagainya.
Macam budak bila kalah perdebatan.
Cakap guna fakta bukan emosi

Dalam pada itu, Mia, 21, berpendapat setiap isu perlu ditangani dengan penuh rasional tanpa dipengaruhi emosi sebaliknya berlandaskan fakta yang jelas.
Bila kita terburu-buru untuk berkata dengan perasaan marah, yang keluar nanti caci maki saja.
Bila kita tenang dan sabar, baru boleh berfikir secara rasional dan boleh jawab berasaskan fakta bukan emosi.
Terdahulu, Puteri Balqis meluahkan rasa bengang terhadap tindakan Mia yang didakwa pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.
Sumber: Threads @therealmiasara
The post ‘Bila Dah Kalah Dengan Fakta, Mula Lah Body Shaming’ – Mia Sara first appeared on OHBULAN!.





