25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bercerai Hidup Tak Sama Dengan Bercerai Mati’ – Nora Ariffin

    Shopee Sale



    Penyanyi, Nora Ariffin sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik sekeping foto bersama arwah suaminya, Johan Nawawi, di laman Instagram miliknya.

    ‘Bercerai hidup tak sama dengan bercerai mati’

    Dalam hantaran tersebut, Nora, atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, berkongsi luahan hati mengenai perbezaan antara kehilangan pasangan akibat kematian dan perpisahan hidup.

    Bercerai hidup tak sama dengan bercerai mati.

    Namun, hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada para pengikutnya. Ada yang memberikan kata-kata semangat dan doa. Tidak kurang juga yang melontarkan komen berbaur negatif dan menghakiminya hanya kerana bergelar isteri kedua.

    Sebab tu kak kalau cari pasangan jangan kongsi, memang hidup tak akan aman.

    Dah tahu laki orang ko nak juga, tu lah kesannya.

    Sangat berbeza. Apa pun cinta pertama takkan sama dengan yang lain. Mak saya tetap dengan cinta pertama, arwah abah. Bagi anak-anak, kasih sayang ayah tiada tukar ganti.

    Perbanyakkan berkasih dengan Allah, akan dapat jawapan.

    Semoga di akhirat kelak Allah takdirkan Nora bersama arwah Johan, amin.

    Respon Nora Ariffin

    Susulan daripada komen-komen tersebut, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema Itu, tampil memberikan respon dan meluahkan rasa syukur atas komen-komen positif daripada pengikutnya.

    Selain itu, dia juga berharap agar orang ramai menjaga kata-kata dan berhenti melemparkan fitnah terhadapnya.

    Ini adalah IG saya. Saya hargai semua komen-komen anda yang membina, saya amat berterima kasih.

    Cuma komen-komen yang negatif, yang berunsur fitnah, yang mengaibkan dan tidak berasas, saya rasa baik berhati-hati. Atau lebih baik bagi bukti dari berkata-kata sesuka hati.

    Harap maklum. Saya doakan semua yang baik-baik untuk kalian semua. Sekian, terima kasih.

    Pada 6 Mei lalu, pemilik nama Wan Norafizah Atiffin, 52, dan Dr Rushdi hadir ke mahkamah secara berasingan untuk sebutan pertama kes perceraian mereka.

    MENARIK:  Ibu Tamatkan Riwayat Dua Anak Kandung Sebelum Bun*h Diri Sendiri Dalam Banglo Berharga RM6.6 Juta

    Bagaimanapun, Rushdi enggan melafazkan talak dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh sebutan kedua.

    Pada 21 April lalu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.

    Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara.

    Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

    Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah