28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Arja Lee & MCC Bawa Suara Warisan Malaysia, Martabat Seni Budaya Di Mata Dunia

    Shopee Sale

    Pelakon Arja Lee kini melangkah lebih jauh dalam memperjuangkan kedaulatan warisan budaya Malaysia di persada antarabangsa.

    Angkat martabat seni

    Hadir sebagai Setiausaha Kehormat Malaysian Craft Council (MCC) di New Delhi baru-baru ini, Arja berkongsi berita gembira apabila MCC secara rasmi telah dipilih untuk menganggotai Badan Penilai di bawah Konvensyen UNESCO 2003 bagi tempoh 2026 hingga 2029.

    Sebagai anggota Badan Penilai, MCC akan terlibat secara langsung dalam proses penilaian pencalonan dan permohonan yang dikemukakan oleh Negara-Negara Anggota, termasuk pencalonan ke Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO serta permohonan Bantuan Antarabangsa.

    Menurut Arja, pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kredibiliti Malaysia dalam memelihara warisan budaya yang kian ditelan zaman.

    Pelakon filem Jefri ini turut menegaskan bahawa setiap keputusan yang dibuat akan berlandaskan integriti yang tinggi, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.

    MENARIK:  ‘Satu Pengiktirafan Untuk Kerjaya Nyanyian Saya Sepanjang Empat Dekad Dalam Industri Muzik Malaysia’

    MCC merupakan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai penggerak utama dalam memacu industri kraf dan seni persembahan tempatan. 

    Selain menjadi jambatan yang menghubungkan penggiat seni ke peringkat global, MCC juga telah diiktiraf sebagai NGO bertauliah UNESCO pada tahun 2024.

    Kejayaan di India ini juga tidak hadir tanpa sokongan padu. Arja mewakili MCC turut merakamkan penghargaan buat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Luar Negeri serta semua pihak yang telah membantu meletakkan nama Malaysia di kedudukan yang disegani ini.

    Langkah ini membuktikan bahawa seni dan budaya bukan sekadar hobi atau tontonan, tetapi merupakan identiti bangsa yang mampu dijulang hingga ke peringkat tertinggi dunia.

    The post Arja Lee & MCC Bawa Suara Warisan Malaysia, Martabat Seni Budaya Di Mata Dunia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah