Pelakon, Izara Aishah mengakui dirinya kerap menjadi mangsa salah faham warganet gara-gara gaya komunikasi spontannya yang disalah tafsir.
Artikel Berkaitan: ‘Harga Beg MUA Bellaz RM200 Tidak Mahal’ – Aliff Syukri
Salah faham di live

Izara, 33, berkata, kebanyakan kekeliruan tercetus apabila rakaman siaran langsungnya dipotong dan disunting sebelum disebarkan semula tanpa konteks asal, sekali gus mengubah maksud sebenar interaksi disampaikan.
Saya memang jenis yang berterus terang dan tegas. Itu memang cara saya bercakap. Tapi ia bukan bermaksud saya marah, apatah lagi sengaja mahu cari gaduh.
Banyak kali apa yang berlaku dalam live itu sebenarnya sekadar gurauan dan hiburan untuk pengikut saya, orang saja salah sangka dengan saya.
Izara berkata demikian ketika ditemui di sesi penggambaran bersama Kartina Aziz di Wisma D’Herbs Damansara Perdana, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Izara menjelaskan perbezaan antara realiti dan dunia maya sering menjadi punca utama salah faham apabila warganet terlalu cepat membuat penilaian hanya berdasarkan klip pendek yang tular.
Apabila klip dipotong, orang yang tak ikut siaran langsung dari awal tak tahu konteks. Mereka hanya nampak satu bahagian kecil, lepas itu terus buat andaian sendiri. Dari situ bermulanya salah faham dan cerita yang bukan-bukan.
Disebabkan kerap berdepan situasi sedemikian, Izara mengakui kini lebih berhati-hati dan mengurangkan gaya komunikasi spontan yang sebelum ini menjadi identitinya di media sosial.
Saya dah banyak kurangkan juga bab ini. Saya tak mahu orang salah anggap seolah-olah saya seorang yang suka marah-marah atau suka berperang di media sosial.
Sedangkan niat saya sebenarnya hanya mahu berbual atau berinteraksi dengan pengikut dan pengguna media sosial lain.
Kalau berkaitan kerja, memang saya buka ruang komen sebab senang orang hubungi. Tapi kalau hal peribadi, saya lebih selesa tutup. Saya sangat menjaga privasi.
The post ‘Apa Berlaku Dalam Live Hanya Gurauan, Bukan Bermaksud Saya Marah’ – Izara Aishah first appeared on OHBULAN!.





