Sebagai ibu, personaliti media sosial dan usahawan, Sasha Abdul Aziz tampil mempertahankan cahaya matanya daripada menjadi mangsa dakwaan dan kecaman warganet.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akur Tukar Nama Jamu Selepas Dinasihati Ibu – ‘Jangan Buat Benda Yang Boleh Trigger Orang’
Artikel Berkaitan: ‘Selepas Enam Tahun Kahwin Baru Dia Faham’ – Sasha Abdul Aziz Akui Bukan Mudah Didik Suami Tentang Nafkah
Bukan autism

Menerusi hantaran di Threads, Sasha memuat naik komen yang ditinggalkan oleh seorang warganet yang mendakwa anak sulungnya, iaitu Isabella Liu menghidap autisme.
Maaf, cuma nak bertanya. Anak sulung awak tu autism ke?
Tidak berdiam diri, Sasha kemudian menjawab persoalan tersebut dengan ringkas dan menegaskan bahawa anak-anaknya normal seperti kanak-kanak lain.
Tak baik tau. Anak saya ketiga-tiga normal. Sekian.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal dengan pertanyaan yang dilemparkan oleh individu tersebut.
Menurut mereka, soalan itu tidak sewajarnya diajukan kepada mana-mana ibu bapa kerana ia disifatkan sangat sensitif.
Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama suami, Daily Doseof Liu pada tahun 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu serta seorang anak lelaki iaitu Harris Liu.
Sumber: Threads
The post ‘Anak Saya Semua Normal’ – Sasha Abdul Aziz Respon, Individu Dakwa Cahaya Mata Sulung Hidap Autisme first appeared on OHBULAN!.





