29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anak-Anak Saya Semua Jenis Beradab & Menghormati’ – Watie Hanifiah

    Shopee Sale

    Usahawan, Watie Hanifiah tampil memberi respon mengenai isu anak tirinya, Talita yang didakwa menggunakan bahasa kurang sopan dalam sebuah hantaran video dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Talita, Jaga Percakapan Dengan Watie – ‘Tak Elok Panggil Woi’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Lupakan Hasrat Sambut ‘Birthday’ Di Sunway Lagoon Demi Mummy Watie – ‘Anak Yang Memahami Situasi’

    Jangan menilai

    Menurut Watie, orang ramai tidak boleh menjatuhkan sesuatu hukum sesuka hati tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

    Alamak, lain point yang kita nak tunjuk lain point yang orang debatkan.

    Jangan menilai dengan suasana yang menyebabkan perkara itu terjadi.

    Alhamdulillah, anak-anak saya semua jenis yang beradab dan menghormati.

    Tidak hanya Watie, Shuib juga memberitahu perkara sama bahawa suasana ketika itu agak bising sehingga anaknya terpaksa bercakap dalam nada yang kuat.

    Biasa tak bercakap kalau tempat bising, kan kena bercakap dengan kuat.

    Terdahulu, dalam sebuah hantaran Watie meminta Talita untuk memperlahankan bunyi lagu pada radio dan anak itu membalas dengan mengatakan radio itu sudah cukup perlahan bunyinya.

    MENARIK:  ‘Dulu Sama-Sama TTC Dengan Nelydia, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak’ – Aprena Manrose

    Lantaran itu, netizen meluahkan rasa kurang senang dengan respon Talita dan menyifatkan bahasa yang digunakan agak kurang sopan.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Anak-Anak Saya Semua Jenis Beradab & Menghormati’ – Watie Hanifiah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah