30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Akak Doakan Kau Rujuk Semula Dengan Laki Kau Dik’ – Zarina Zainuddin

    Shopee Sale



    Pelakon, Zarina Zainuddin mencuri perhatian apabila mendoakan penyanyi, Adira Suhaimi dan bekas suaminya iaitu Datuk Red agar rujuk semula.

    Doa agar rujuk semula

    Menerusi ruangan komen Instagram , Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin meninggalkan komen terhadap artikel melibatkan Adira yang seakan memberi bayangan mahu rujuk semula dengan bekas suaminya itu.

    Akak doakan kau rujuk balik dengan bekas laki kau, amin. Duit cari sama-sama, susah sama-sama dan senang pun sama-sama.

    Dia ja yang faham kau walau sebenarnya dia buat buat tak faham.

    Tambah pelakon drama ‘Seindah Sakura’ itu lagi, dia bersetuju dengan kata-kata spontan Adira  mengenai mengenali orang lain di kala usia semakin meningkat merupakan perkara yang membuang masa.

    Yela, kita dah ada anak, lelaki lain nak kita ja pun buat apa? Baik cari orang yang betul-betul anak kita sayang jadi tak perlu nak paksa anak tu terima orang baru.

    Dan kalau dah memang bapa dia mestilah dia sayang. Bercinta ini masa mula-mula dulu, dah ada anak kita lebih fikir perasaan anak.

    Budak-budak itu perlukan bapa dia bukan bapa lain, dia akan rasa menyibuk ja orang lain ni. Melainkan anak-anak itu dah besar-besar, dia pun dah tak kisah dah janji mak aku ‘happy’.

    Terdahulu, Adira mencuri perhatian apabila memaklumkan dia tidak mahu berkahwin lagi melainkan dengan bekas suaminya sahaja.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Minta Isteri Atur Majlis Berbuka Puasa Dengan Adik-Beradik, Bekas Bapa Tiri – ‘Kebahagiaan Itu Kita Yang Cipta & Nikmati’

    Menurut Adira, adalah membuang masa untuknya bercinta dan mengenali dengan orang baharu.

    Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka itu tidak berkekalan selepas mereka sah bercerai dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    Posting

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by OHBULAN! (@official)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah