Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menjelaskan kekangan masa menjadi penghalang utama untuknya menghasilkan lagu kepada penyanyi lain meskipun mendapat permintaan yang banyak.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Sudah Hantar Pencalonan AIM24 – ‘Doakan Saya’
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Syukur Ramai Puji Persembahan Lagu ‘Cinta’ Di Konsert Melly Goeslaw
Kekangan masa

Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata, selain masa, dia juga perlu mencari titik keserasian jika mahu bekerjasama dengan pihak lain.
Yang menjadi halangan saya hasilkan lagu untuk penyanyi lain adalah masa dan keserasian bekerja. Dua perkara itu sangat penting.
Sebab itu kalau lihat, saya nak memilih pasangan duet pun sangat susah. Ada yang minta saya duet dengan penyanyi itu dan ini, namun di sebaliknya, saya perlu bekerja dengan seseorang yang selesa.
Saya sendiri berperang dengan masa untuk siapkan lagu, mungkin sesetengah komposer menulis lagu setiap hari kerana memang itu rutin mereka.
Kerja hakiki saya adalah penyanyi. Isu utama adalah masa, bukannya saya tidak mahu bekerja dengan orang lain.
Cabar diri

Disebabkan itu, Aina mengambil cabaran menggalas tugas sebagai juri tetap program Raise The Star yang mana pada penghujung program dia perlu menghasilkan sebuah lagu untuk finalis.
Sebab itu juga lah saya sertai program Raise The Star kerana ingin memberi pembaharuan kepada diri sendiri.
Saya boleh sahaja buat lagu untuk orang lain, cuma selama ini saya cuba untuk kukuhkan dahulu nama dalam industri dengan menyanyikan lagu-lagu sendiri.
Sekarang, sudah lebih sedekad dalam industri saya ingin cuba sesuatu yang baharu. Saya mahu lakukan sesuatu yang berbeza dengan apa pernah dibuat sebelum ini.
Mungkin sebelum ini ada juga yang mempersoalkan kredibiliti sebagai komposer, saya ambil itu sebagai cabaran dan itu juga menjadi antara faktor saya terima lamaran untuk jadi juri program Raise The Star.
Nyanyi lagu orang lain

Dalam pada itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) ini memberitahu, dia kini lebih terbuka untuk menyanyikan karya milik komposer lain.
Lebih mengujakan, sebuah mini album yang bakal memuatkan karya-karya komposer dari Indonesia akan dilancarkan tidak lama lagi.
Dulu orang cakap saya tak mahu nyanyi lagu orang, kali ini saya akan banyak nyanyi lagu orang lain. Saya sendiri terdetik untuk tahu citarasa orang lain.
Saya mahu rasa apa perasaan nyanyi lagu yang dihasilkan bersama komposer lain dan lagu yang sepenuhnya dibuat oleh orang lain.
Kali ini memang fresh dari Indonesia, jumlah lagu untuk satu mini album dalam enam hingga lapan lagu. Semua komposer dari Indonesia dan ada sikit sentuhan saya. Tapi banyak DNA komposer lain.
The post Aina Abdul Semakin Terbuka Nyanyi Karya Komposer Lain first appeared on OHBULAN!.





