31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aiman Hakim Ridza Anggap Babak Intim Tak Perlu Diselit Dalam Mana-Mana Karya – ‘Penonton Sekarang Makin Bijak’

    Shopee Sale

    Pelakon, Aiman Hakim Ridza berpendapat adalah tidak wajar untuk menyelitkan babak intim dalam mana-mana karya drama mahupun filem.

    Artikel Berkaitan: Aiman Hakim Ridza Demam 10 Hari Bawa Watak Mencabar – ‘Saya Susah Tidur’

    Tak patut ada!

    Ketika ditemui , Aiman atau nama lengkapnya Aiman Hakim Ridza Abdoh berkata, tiada signifikan untuk mana-mana pengkarya meletak adegan sebegitu dalam naskhah mereka.

    Tambah Aiman, penonton masa kini juga sudah semakin bijak untuk mentaksir jalan cerita yang cuba disampaikan dalam sesebuah karya.

    Saya rasa babak intim dalam mana-mana naskhah sebenarnya tidak perlu pun terutama di negara asia.

    Kalau di Hollywood pun sebenarnya tak perlu.

    Saya rasa bila angkat kain dan tunjuk kaki pun, orang dah faham apa benda yang nak jadi.

    Aiman berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sesi penggambaran drama tersebut di Wisma Mofaz, baru-baru ini.

    Ketika ditanya mengenai tindakan pelakon Indonesia, Whulandry Herman yang meminta izin isterinya, Zahirah MacWilson sebelum mereka berlakon bersama, bekas peserta program Mentor ini memaklumkan dia menerimanya dengan hati terbuka.

    Kalau Whulan rasa apa yang dilakukan itu baik untuknya, saya okey. Di set penggambaran juga kami profesional.

    Ya ada babak romantis tetapi masih ada batasan. Tiada babak terlalu intim pun antara saya dengan Whulan dalam drama ini, cuma untuk kesinambungan bagi plot cerita.

    Sebelum ini, Whulan memaklumkan bahawa dia memaklumkan kepada Zahirah terlebih dahulu sebelum menjalani penggambaran bersama Aiman untuk drama bersiri terbaharu lakonan mereka yang berjudul ‘Bad Cop’.

    MENARIK:  ‘Sejujurnya Saya Dalam Keadaan Tidak Baik’ – Hafiz Suip Sudah Dua Bulan Menetap Di Sarawak, Ambil Masa Tenangkan Diri

    Ujar Whulan, tindakan meminta izin daripada pasangan pelakon yang sudah berkahwin bukanlah sesuatu yang baharu buat dirinya.

    Malah, ianya sudah menjadi satu kebiasaan buatnya sejak memulakan karier lakonan di Indonesia

    The post Aiman Hakim Ridza Anggap Babak Intim Tak Perlu Diselit Dalam Mana-Mana Karya – ‘Penonton Sekarang Makin Bijak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah