29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yeoh dikecam puji Saifuddin, korban prinsip demi politik – LFL

    Shopee Sale

    Lawyers for Liberty (LFL) menyelar Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, kerana memberikan pujian kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, yang disifatkannya lebih baik berbanding pendahulunya dalam menangani isu kewarganegaraan dan individu tanpa kerakyatan.

    Pengarah Eksekutif LFL, Zaid Malek, menyifatkan kenyataan Yeoh itu sebagai “mengejutkan dan memalukan,” sambil berkata ia dibuat ketika Malaysia sedang terpalit dengan skandal antarabangsa yang mendedahkan layanan tidak adil dan pilih kasih oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam menguruskan kes sebegitu.

    “Kenyataan tidak peka ini langsung tidak meredakan kemarahan dan kekecewaan rakyat terhadap kerajaan berhubung pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain bola sepak yang mendakwa mempunyai pertalian darah di Malaysia — dakwaan yang kemudiannya didapati palsu oleh FIFA,” kata Zaid dalam satu kenyataan.

    Dia berkata, netizen berhak mengingatkan semula kenyataan Yeoh pada tahun 2022, ketika dia masih pembangkang, yang pernah mengkritik kerajaan kerana memberi layanan istimewa kepada pemain bola sepak berbanding individu tanpa kerakyatan.

    Zaid berkata, sikap double standard yang sama kini jelas berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan Madani, yang turut disertai oleh Yeoh.

    “Kegagalan untuk menangani isu ini dengan jelas, dan sebaliknya memilih untuk menyanjung Madani serta Saifuddin, menunjukkan bagaimana Hannah dan rakan-rakan kabinetnya telah mengorbankan prinsip demi kepentingan politik.

    “Dengan kata lain, jelas sekali mereka menggunakan golongan tanpa kerakyatan sebagai alat untuk meraih sokongan politik semasa menjadi pembangkang. Namun setelah berkuasa, Yeoh kini tidak segan silu mendendangkan lagu berbeza,” katanya.

    Zaid turut mengkritik apa yang disifatkannya sebagai “keberanian luar biasa” Yeoh memuji pindaan perlembagaan berkaitan kewarganegaraan yang kononnya “memperkasa ibu-ibu rakyat Malaysia.”

    “Sebenarnya, pindaan itu satu penipuan terhadap para ibu rakyat Malaysia yang dinafikan kewarganegaraan untuk anak-anak mereka kerana dilahirkan di luar negara. Ini kerana pindaan tersebut dengan sengaja mengecualikan anak-anak yang lahir sebelum pindaan diluluskan.

    MENARIK:  Menteri: Perlu garis panduan pantau pokok tua di KL

    “Pindaan itu tidak memberi manfaat kepada ibu-ibu yang sudah sekian lama memperjuangkan perubahan undang-undang. Adalah memalukan dan tidak jujur bagi Yeoh memuji pindaan tersebut,” tambahnya.

    Zaid turut mengecam tindakan Yeoh memuji “belas kasihan dan kecekapan” Saifuddin dalam isu kewarganegaraan, sambil menyatakan bahawa di bawah pentadbirannya, Kementerian Dalam Negeri telah mencadangkan pindaan perlembagaan regresif yang akan memburukkan lagi masalah individu tanpa kerakyatan di Malaysia.

    “Beliau cuba memansuhkan Seksyen 1(e), Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan — iaitu klausa yang membolehkan rakyat Malaysia tanpa kerakyatan mendapat kewarganegaraan secara hak. Pindaan itu hanya ditarik balik selepas tentangan hebat daripada masyarakat sivil dan orang awam. Namun Yeoh seolah-olah berpura-pura perkara ini tidak pernah berlaku, semata-mata untuk mempertahankan kerajaan Madani dan Saifuddin,” katanya.

    Zaid juga menegur Yeoh kerana memuji Saifuddin kononnya telah menyelesaikan 49,000 permohonan kewarganegaraan tertunggak, tetapi tidak menyatakan berapa ramai individu tanpa kerakyatan yang layak masih belum mendapat kewarganegaraan.

    “Jumlah permohonan yang diselesaikan tidak mencerminkan bilangan besar rakyat yang masih terdesak tanpa kewarganegaraan, termasuk ribuan kanak-kanak yang masih bersekolah.

    “Mengapa prosedur operasi standard (SOP) JPN masih belum dipinda atau diselaraskan dengan Perlembagaan dan keputusan bersejarah mantan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, berhubung isu kewarganegaraan? Akibatnya, kes-kes baharu tanpa kerakyatan terus tercipta walaupun Yeoh mendakwa permohonan tertunggak telah diselesaikan.

    “Harus diingat bahawa ramai yang tiada kerakyatan berpunca daripada kegagalan JPN dan KDN mengiktiraf status warganegaraan mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan. Dengan kata lain, menyebut jumlah permohonan yang ‘diselesaikan’ adalah tidak bermakna.

    “Satu-satunya ‘belas kasihan’ dan ‘kecekapan’ seperti yang didakwa Yeoh, yang dapat dilihat rakyat, nampaknya hanya tertumpu kepada tujuh pemain bola sepak itu,” tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah