30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tentera Israel pintas misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza

    Shopee Sale

    Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza telah dipintas tentera Israel pada 10.50 pagi waktu Malaysia.

    Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) memaklumkan sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad yang dinaiki sembilan aktivis Malaysia telah dipintas, namun maklumat terperinci mengenai peserta masih belum diketahui.

    “Lapan delegasi Malaysia berada di atas kapal Conscience dan seorang lagi di atas kapal Umm Saad. Pihak MyCARE akan mengadakan sidang media pada 12 tengah hari ini,” menurut kenyataan itu.

    Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata misi kemanusiaan FFC ke Gaza dijangka memasuki zon merah pada 5 petang waktu Malaysia hari ini, sekali gus semakin hampir ke kawasan berisiko tinggi.

    Misi FFC kali ini menyaksikan lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 Sept lepas diketuai Mohd Alauddin, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.

    MENARIK:  Hilang percaya terhadap Annuar, Muafakat Nasional Sabah dibubar

    Turut serta berada di atas kapal berkenaan dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.

    Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 Sept bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.

    Misi keamanan flotila Conscience adalah sebuah misi kemanusiaan diketuai FFC bersama Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dengan tujuan menghadirkan liputan langsung dan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang sedang mengalami kepungan dan sekatan Israel.

    Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah