Perhimpunan sempena memperingati setahun kekejaman Israel terhadap Palestin di perkarangan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Kuala Lumpur menyaksikan ratusan hadir sebaik selesai menunaikan solat Jumaat.
Presiden Amanah Mohamad Sabu antara pemimpin utama yang hadir menyatakan sokongan pada perhimpunan ini dan menyampaikan ucapan.
Turut hadir dan berucap Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi serta bekas naib presiden PKR Tian Chua.
Peserta himpunan berkumpul secara aman sebelum bergerak ke kedutaan Amerika Syarikat.
[Berita penuh menyusul]