22.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM dimaklum perkembangan terkini banjir sejurus tiba dari Afrika

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini situasi banjir di pelbagai negeri sejurus tiba di tanah air.

    Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata dia memaklumkan perkara itu kepada Anwar, selain hal-hal berkaitan perkhidmatan awam.

    "Dalam kesempatan yang singkat, saya sempat memaklumkan perkembangan terkini berhubung situasi semasa musibah banjir Monsun Timur Laut yang sedang melanda beberapa negeri dan hal-hal berkaitan perkhidmatan awam," tulisnya di media sosial sebentar tadi.

    Terdahulu Anwar mengadakan lawatan rasmi lapan hari ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya. 

    Dia antaranya membalas kunjungan rasmi rakan sejawatnya dari Ethiopia Abiy Ahmed Ali pada 2024 dan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Johannesburg.

    MENARIK:  ULASAN | Fanatisisme mengundang terorisme

    ‘Meski di Kenya, saya ikuti rapat perkembangan banjir’

    Anwar semalam berkata dia mengikuti rapat rapat perkembangan musibah banjir di Malaysia mesti berada jauh di Kenya.

    Katanya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dan Skuad Ihsan Madani telah turun untuk membantu mangsa banjir.

    “Dalam tempoh yang sukar dan mencabar ini, saya mendoakan agar semua mangsa banjir dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dilindungi daripada sebarang kemudaratan. 

    “Semoga kita semua dipermudahkan dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah