26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pakai duit syarikat, pemandu lori reka cerita ditikam penyamun

    Shopee Sale

    Pemandu lori makanan sejuk beku yang mendakwa ditikam dalam kejadian samun di Jalan Minden 1 Gelugor di George Town kelmarin rupa-rupanya hanya mereka cerita itu bagi menutup perbuatannya menggunakan wang hasil jualan syarikat berjumlah RM3,000.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata penipuan lelaki berusia 32 tahun itu terbongkar selepas siasatan dilakukan susulan laporan orang awam pada 8.17 malam.

    Beliau berkata pemandu lori terbabit dikatakan telah disamun oleh tiga lelaki dan ditikam di bahagian perut pada 7.45 malam.

    MENARIK:  Rogol bawah umur: Pakar cadang pendekatan lebih adil, holistik

    Abdul Rozak berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mengalami luka tikaman sedalam 3.5 sentimeter dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

    Bagaimanapun, beliau berkata siasatan lanjut mengesahkan lelaki itu sebenarnya bukan disamun dan ditikam tetapi mereka cerita kejadian tersebut untuk menipu majikan kerana telah membelanjakan kutipan hasil jualan produk syarikat.

    Sehubungan itu, Abdul Rozak menasihati orang ramai agar tidak membuat laporan atau memberi maklumat palsu kerana ia merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah