29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nga terima dengan terbuka teguran, sedia jumpa wakil media

    Shopee Sale

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menerima dengan hati terbuka teguran berhubung insiden yang berlaku ketika sidang media prapelancaran program pencahayaan I Lite U baru-baru ini.

    Nga menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata dia sedar kemungkinan wujudnya kekhilafan dalam kejadian itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

    Sehubungan itu, kata Nga, dia bersedia untuk berjumpa dengan pihak media yang terlibat dalam masa terdekat supaya perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan teratur.

    “Selaku pemimpin saya ingin menegaskan bahawa saya sentiasa menghormati kebebasan media dan tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak terutamanya wartawan yang merupakan tonggak informasi kerajaan Madani.

    MENARIK:  ULASAN | Dajal dalam politik ketakutan Hadi

    “Objektif saya hanyalah untuk bersama-sama membina sebuah Malaysia masyarakat berbilang kaum yang inklusif, progresif dan sentiasa mengangkat martabat negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

    Nga turut menzahirkan penghargaan atas sokongan media yang sentiasa memainkan perananan penting dalam menyampaikan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada rakyat seperti yang berlangsung selama ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah