30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muhyiddin gesa turun demo esok, pesan elak provokasi

    Shopee Sale

    Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan “Turun Anwar” di ibu negara esok.

    Bekas perdana menteri itu juga menggesa hadirin supaya menjaga kelakuan masing-masing dan mematuhi undang-undang pada setiap masa.

    "Jangan cetuskan sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman awam.

    "Ingat, menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya.

    "Justeru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

    Semalam, timbalan pengerusi PN Hamzah Zainuddin meramalkan lebih sejuta orang akan menyertai perhimpunan itu.

    "Kalau ada seribu isu, maknanya ada seribu kumpulan yang tidak berpuas hati. (Misalnya) Ada satu kumpulan sakit hati pada isu nombor satu, dan ada kumpulan yang sakit hati pada isu yang ke-1,000.

    "Kalau dah ada seribu orang untuk tiap-tiap kumpulan darab dengan 1,000 (isu), dan ada sejuta orang," katanya pada sidang media di parlimen semalam.

    Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Anwar gagal meringankan penderitaan rakyat dan telah menambah beban mereka dengan mengurangkan subsidi dan memperluaskan cukai.

    MENARIK:  'Henti bunuh haiwan terbiar, hormati undang-undang diluluskan parlimen'

    Ahli parlimen Pagoh itu juga mendakwa bahawa keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mengurangkan harga RON95 sebanyak enam sen dan RM100 dalam Bantuan Keperluan Rahmah (Sara) adalah cubaan untuk meredakan kemarahan orang ramai.

    "Ini bukanlah suatu tindakan yang betul untuk menangani masalah kos bebanan kos sara hidup. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan mengkaji semula pengenaan pelbagai bentuk cukai dan pemotongan subsidi yang membebankan mereka. Ini tidak dilakukan.

    "Banyak wang yang dipungut dari rakyat, yang dipulangkan hanyalah sedikit. Ia sudah terlambat," katanya.

    Sebelum ini, ketua setiausaha negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata tidak sewajarnya penjawat awam menyertai perhimpunan berkenaan, yang menurutnya tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.

    Terbaru, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan peringatan yang sama kepada penjawat awam, dengan menyatakan hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman yang dijamin perlembagaan adalah tidak mutlak.

    AGC berkata setiap penjawat awam tertakluk kepada surat aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan 20(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah