30.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri: Rafizi cuma bercuti, bukan letak jawatan

    Shopee Sale

    Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sedang bercuti, kata seorang menteri kabinet susulan khabar angin yang mendakwa timbalan presiden PKR itu telah meletakkan jawatan dalam kerajaan.

    "Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat kabinet hari ini bahawa Rafizi sedang bercuti beberapa hari.

    “Tiada peletakan jawatan berlaku, dan khabar angin ini sama sekali tidak benar," kata menteri berkenaan kepada Malaysiakini dengan syarat namanya tidak didedahkan.

    Keresahan mula timbul di kalangan pemimpin parti susulan keputusan pengundian cabang yang menyaksikan beberapa sekutu rapat Rafizi tersingkir – memberi isyarat laluan getir buatnya dalam mempertahankan jawatan nombor dua PKR dalam pengundian kepimpinan pusat bulan depan.

    MENARIK:  Program komputer terpakai Mitra: MIPP ulangi gesa PM siasat

    Sementara itu, Presiden PKR merangkap Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa juruaudit bebas telah dilantik untuk menyiasat aduan berkaitan ketidakteraturan dalam pengundian parti.

    "Ada aduan dibuat, kita ambil maklum dan sekarang juruaudit antarabangsa sedang menyemak (aduan) sekiranya ada asas," katanya.

    Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR Dr Zaliha Mustafa pula berkata, pengundian semula akan diadakan pada 1 Mei bagi empat cabang – Jempol, Selayang, Silam dan Semporna.

    Pemilihan di peringkat cabang itu menyaksikan beberapa nama besar dalam parti tumbang, termasuk Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan K Saraswathy, Ketua Pemuda PKR Adam Adli, serta beberapa ahli parlimen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah