27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri luar negara Arab, Islam bermesyuarat susulan serangan Israel di Doha

    Shopee Sale

    Menteri-menteri luar negara Arab dan Islam memulakan mesyuarat tertutup di Doha pada Ahad bagi membuat persiapan untuk sidang kemuncak tergempar susulan serangan udara Israel di ibu negara Qatar, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Mesyuarat persediaan itu dijangka merangka agenda Sidang Kemuncak Arab-Islam pada Isnin di Doha yang bakal menghimpunkan ketua negara serta pegawai kanan dari seluruh rantau.

    Sidang kemuncak itu dipanggil oleh Qatar sebagai tindak balas terhadap serangan Israel yang menyasarkan pemimpin Hamas di Doha pada Selasa, mengorbankan lima anggota kumpulan itu dan seorang pegawai keselamatan Qatar.

    MENARIK:  Bekas datuk bandar Filipina ditahan di Indonesia

    Qatar, bersama Amerika Syarikat dan Mesir, sebelum ini bertindak sebagai pengantara dalam rundingan untuk menamatkan peranang Israel di Gaza, yang setakat ini telah meragut lebih 64,800 nyawa rakyat Palestin sejak Oktober 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah