25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 2,000 petani Kelantan terjejas cuaca panas

    Shopee Sale

    Laporan awal kesan kemarau terhadap sektor tanaman oleh Jabatan Pertanian Kelantan merekodkan seramai 2,972 petani di negeri itu terjejas, melibatkan kemusnahan seluas 7,467.42 hektar sejak Mac hingga 15 Mei lalu.

    Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, berkata jabatan pertanian akan mengangkat permohonan cadangan nilaian bantuan lebih RM5.56 juta melalui peruntukan Tabung Bencana Tanaman Padi dan Tabung Bencana Pertanian bagi meringankan beban petani yang terkesan dengan kerosakan tanaman.

    "Selain itu, Menteri Besar Kelantan (Mohd Nassuruddin Daud) juga telah meluluskan peruntukan bantuan segera sebanyak RM300,000 untuk membina telaga tiub, bantuan pam air dan lain-lain keperluan dalam membantu pengairan kepada para pesawah dan petani terjejas di seluruh Kelantan," katanya.

    Tuan Mohd Saripudin berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) yang bertanya mengenai tindakan yang diambil kerajaan negeri bagi membantu pesawah terjejas akibat kemarau di Kelantan semasa persidangan DUN di Kompleks Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.

    MENARIK:  SURAT | Kritikan terhadap projek tanam padi lima musim dua tahun

    Mengulas lanjut, Tuan Mohd Saripudin berkata antara usaha yang dilakukan pihaknya menghadapi situasi bencana kemarau di Kelantan terutamanya dalam membantu pesawah padi ialah menyusun jadual penanaman mengikut skim pengairan dan kerja-kerja mencuci serta menggali tali air bagi memastikan kelancaran pergerakan air untuk kegunaan petani.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah