Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) menegur tindakan media menggelar dalang kegiatan rasuah sebagai "arkitek" dan menegaskan bahawa istilah tersebut merujuk kepada ruang yang selamat dan mampan, bukan pelan tindakan untuk jenayah.
Dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial hari ini, lembaga itu mengecam penggunaan gelaran profesional mereka sebagai singkatan untuk peranancang jenayah dan ia dianggap merendahkan kerjaya terkawal yang didedikasikan untuk perkhidmatan awam.
Presiden LAM, Azman Hashim, berkata, seseorang arkitek ialah individu berlesen yang berdedikasi untuk membina ruang yang selamat, mampan dan bermakna untuk orang ramai
“Ia bukan sinonim untuk salah laku.
"Apa yang penting: marilah kita menghormati maruah profesion ini," katanya.
Dalam kenyataan kedua yang turut dimuat naik hari ini, Azman berhujah bahawa gelaran arkitek adalah “dilindungi secara sah” mengikut Akta Arkitek 1967.
Katanya hanya individu yang berdaftar dengan LAM boleh menggunakan gelaran tersebut dan dibenarkan untuk mengamalkan seni bina di Malaysia.
Walaupun istilah “arkitek” kadangkala digunakan secara kiasan dalam ulasan politik dan kewartawanan tanpa niat untuk membayangkan amalan profesional, kata Azman, perkataan dalam konteks sedemikian tidak boleh dikelirukan dengan sebutan untuk profesional yang berkelayakan dalam persekitaran yang dibina.
Oleh itu, katanya, LAM menggesa media dan tokoh awam untuk berhati-hati apabila menggunakan istilah “arkitek” dalam konteks bukan profesional.
"Penyalahgunaan perkataan itu mungkin secara tidak sengaja mengurangkan pemahaman orang ramai tentang kelayakan dan tanggungjawab arkitek berdaftar," katanya.
Pada masa sama, menurut Azman, LAM tetap komited untuk menegakkan integriti profesion seni bina dan menggalakkan kesedaran awam tentang perananannya dalam membentuk persekitaran binaan Malaysia.