24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keperluan PT3, UPSR dikaji semula – Fadhlina

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

    Beliau berkata kajian semula itu mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.

    MENARIK:  Lepas iklan kerja disifat diskriminasi, Mixue sorot kepelbagaian kakitangan

    “Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kementerian itu, di Putrajaya hari ini.

    Fadhlina berkata kajian tersebut akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

    UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah