33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kenyataan media’ peratusan SPM ikut kaum tak benar

    Shopee Sale

    ‘Kenyataan media’ yang tular memaparkan peratusan pencapaian pelajar mengikut kaum bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

    Menurutnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengeluarkan kenyataan media seumpama itu malah maklumat tersebut tidak terkandung semasa pengumuman dibuat semalam.

    "Apa yang tular adalah 101 peratus tidak betul sama sekali. Itu sudah pasti tidak benar," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Bangunan Gantian (Daif 2022) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil di Dengkil hari ini.

    Wong berkata pelaksanaan peperiksaan SPM dan pengumuman keputusan dibuat berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan tanpa sebarang kompromi.

    MENARIK:  Wan Saiful tuntut RM10 juta dari Tun Faisal: Isu Jana Wibawa meletup?

    “KPM melaksanakan peperiksaan SPM dengan mematuhi segala piawaian yang telah ditetapkan bagi setiap satu mata pelajaran, (begitu juga) tarikh pengumuman keputusan... kita pastikan keputusan dikeluarkan pada 10 pagi serentak di seluruh negara,” katanya.

    Dia berkata pengumuman keputusan SPM dibuat secara seragam di seluruh negara bagi memastikan ketelusan.

    "Ini adalah piawaian yang pihak KPM tidak akan kompromi," katanya mengulas kenyataan media berlogo KPM yang tular di media sosial mengandungi maklumat peratusan pencapaian pelajar mengikut kaum, sejak semalam.

    Kenyataan media itu mengandungi analisis mendakwa calon Melayu yang menduduki SPM 2025 merekodkan peratusan terendah berbanding Cina dan India.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah