26 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Israel lancar serangan besar-besaran di Gaza

    Shopee Sale

    GLOBAL | Tentera Israel hari ini mendakwa mereka melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

    "Berpandukan arahan daripada pihak atasan, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan Shin Bet melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza," kata jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam hantaran di platform X.

    Media tempatan yang memetik perkhidmatan kecemasan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dalam serangan itu.

    MENARIK:  Kes bunuh: Mungkin lebih seorang cederakan pelajar vokasional

    Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hamas di Gaza.

    Israel mendakwa tindakan itu diambil susulan keengganan Hamas membebaskan tawanan serta penolakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh Wakil Khas Presiden AS Steve Witkoff dan para peranantara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah