26 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harimau Malaya naik dua anak tangga, kini ke-123 dunia

    Shopee Sale

    Skuad bola sepak lelaki kebangsaan kini berada di landasan tepat untuk menembusi kelompok 120 pasukan terbaik dunia selepas menghuni kedudukan ke-123 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

    Berdasarkan kemas kini terbaru hari ini, Harimau Malaya berjaya mengumpul 1,148.23 mata, sekali gus naik dua anak tangga berbanding kedudukan ke-125 pada Julai lepas.

    Pencapaian dilakar skuad kendalian Peter Cklamovski itu didorong oleh dua kemenangan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 baru-baru ini — menewaskan Singapura 2-1 pada 4 Sept, diikuti kejayaan mengejutkan pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia, Palestin, dengan kemenangan 1-0 pada 8 Sept.

    Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kini menduduki tangga keempat terbaik, di belakang Thailand (101), Vietnam (114) dan Indonesia (119).

    MENARIK:  Mahkamah tolak permohonan perintah larang Albert ‘malukan' Hajiji

    Sementara itu, juara Euro 2024, Sepanyol, naik satu anak tangga untuk berada di puncak ranking dunia, diikuti Perancis di tempat kedua. Juara Piala Dunia 2022, Argentina, pula jatuh dua anak tangga ke tempat ketiga.

    Kemas kini ranking Fifa seterusnya dijadual diumumkan pada 23 Okt ini.

    Selepas ini, Malaysia dijadual menyambung kempen Kumpulan F Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Vientiane pada 9 Okt sebelum melayani kunjungan lawan sama pada 14 Okt dan Nepal pada 18 Nov di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

    Malaysia kemudian akan berdepan Vietnam di laman lawan bagi aksi terakhir pusingan kelayakan berkenaan pada Mac depan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah