29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harga minyak boleh cecah AS$150 setong jika Hormuz kekal tutup – JPMorgan

    Shopee Sale

    Harga minyak boleh melonjak sehingga AS$150 setong sekiranya Selat Hormuz terus ditutup untuk tempoh sebulan lagi, menurut Ketua Pakar Ekonomi bank Amerika, JPMorgan, Bruce Kasman.

    "Senario di mana selat itu kekal ditutup untuk tambahan sebulan lagi adalah selari dengan kenaikan harga minyak ke arah AS$150 setong serta kekangan bekalan tenaga terhadap pengguna industri," kata Kasman sebagaimana dipetik oleh akhbar Britain, The Times.

    Pada 28 Feb, Amerika Syarikat (AS) dan Israel mula melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, termasuk Tehran, yang menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa orang awam. Iran pula melakukan serangan balas ke atas wilayah Israel, selain menyasarkan pangkalan tentera AS di Timur Tengah.

    MENARIK:  Mahkamah rayuan akan putuskan pendakwaan peribadi terhadap Zamri, Firdaus

    Sementara itu, aktiviti perkapalan melalui Selat Hormuz - laluan utama bagi pembekalan minyak dan gas asli cecair dari negara-negara Teluk Parsi ke pasaran global - dilaporkan terhenti sepenuhnya. Kesannya, harga bahan api kini mencatatkan kenaikan di kebanyakan negara di seluruh dunia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah