28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hamzah sasaran sebenar tindakan disiplin Bersatu – Wan Fayhsal

    Shopee Sale

    Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin merupakan sasaran sebenar di sebalik tindakan pembersihan parti terhadap beberapa pemimpin kanan dan akar umbi, dakwa ahli parti yang digantung, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

    Ahli Parlimen Machang itu menyifatkan tindakan menggantung dan memecat beberapa pemimpin utama – termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, serta empat ketua bahagian – sebagai satu “kegagalan luar biasa” yang menurutnya dibiarkan berlaku oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

    Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Wan Fayhsal mendakwa sesi soal siasat oleh Lembaga Disiplin Bersatu terhadap mereka banyak tertumpu kepada Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang.

    “Sasaran utama lembaga disiplin yang telah kami sahkan juha pda hari ini. Dari saya dipanggil sampai ke hari ini, sasaran utama Lembaga disiplin mereka ingin bertanya apa perananan ketua pembangkang, mereka mahu tindakan dikenakan kepada ketua pembangkang.

    "Sebab itulah kami-kami yang kena tindaka disiplin ni, hanya la collateral. Sasaran utama adalah YB Hamzah Zainuddin,” katanya sambil menuduh Muhyiddin membiarkan ‘kerosakan dalaman’ parti terus berlarutan.

    “Sebab itulah kami buat sidang media pada hari ini sebab saya rasa rakyat dan ahli-ahli Bersatu perlu tahu apa yang ada pada harini adalah satu kepincangan yang luar biasa yang malangnya dibiarkan berterusan oleh presiden kami sendiri.

    "Jadi satu benda yang mengecewakan, malah saya fikir sebab itu kami buat jelajah selamatkan maruah parti Bersatu untuk menerangkan kepada akar umbi,” tegasnya.

    Wan Fayhsal turut mendedahkan sekurang-kurangnya tiga lagi pemimpin Bersatu peringkat negeri telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin hari ini dan berisiko digantung atau dipecat.

    Pada 14 Okt lalu, Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian Wan Fayhsal untuk satu penggal serta memecat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, bersama empat ketua bahagian.

    Lembaga berkenaan ketika itu menyatakan mereka didapati bersalah melanggar perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Bersatu.

    MENARIK:  JPJ Melaka gantung lesen 8 syarikat pengendali bas, lori

    Walaupun kenyataan rasmi tidak menyenaraikan butiran pelanggaran, difahamkan tindakan itu berkait dengan usaha mendesak Muhyiddin menyerahkan kepimpinan parti kepada Hamzah.

    Pada sidang media sama, Wan Fayhsal mendakwa kepimpinan Bersatu gagal menjawab permintaan mereka untuk mengubah komposisi Lembaga Disiplin, termasuk menggantikan pengerusinya, Mohammed Radzi Abdul Manan.

    “Walaubagaimanpun, sampai hari ini Lembaga disiplin yang bersidang masih lagi mengekalkan komposisi yang sama di mana pengerusinya ialah bapak mentua Naib Presiden Bersatu, Faizal Azumu dan tiga daripada ahli Lembaga disiplin tersebut berkhidmat dengan Dato Sri Azmin Ali.

    "Jadi sebenarnya Lembaga disiplin Bersatu ni amat-amat biased, sebab itulah ketika kami dipanggil oleh Lembaga disiplin kami mintak dikecualikan sekurang-kurangnya dua ahli Lembaga disiplin tersebut iaitu pengerusi dan juga Shasha Lina, seorang peguam yang berkhidmat di bawah Azmin Ali.

    "Jadi bagaimana mereka berdua ni nak menjalankan tugasan yang adil untuk menyiasat dakwaan kesemua kesalahan yang kami lakukan,” katanya.

    Sebelum ini, Wan Saiful turut menyerang Azmin, selaku setiausaha agung Bersatu, dengan menuduhnya melakukan salah laku menjelang mesyuarat agung tahunan parti, selain mengungkit semula skandal peribadi bekas menteri itu.

    Dalam kalangan ahli Bersatu, Azmin kini dilihat sebagai antara penyokong setia Muhyiddin.

    Selain itu, Wan Fayhsal turut mempersoalkan kelewatan pelantikan dua lagi ahli Lembaga Rayuan Bersatu.

    “Mengikut perlembagaan parti, korum Lembaga rayuan adalah tiga orang.

    “Jadi sebenarnya Lembaga rayuan tidak dapat bersidang kerana tidak cukup ahli yang perlu dilantik oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

    "Selagi mana Lembaga rayuaan tidak bersidang, selagi itulah tiada keputusan muktamad berkaitan kes-kes yang kami hadapi.

    “Jadi, kalau tengokkan apa yang berlaku ni, lagi lambat benda ni diselesaikan rayuannya, ia satu kezaliman kepada kami sebab rayuan tidak boleh diproses...

    "Jadi, kami nak bertanyalah kepada presiden kami (Muhyiddin), adakah ini sengaja dibuat supaya jawatan kami ni stergantung atau dibiarkan sebegitu,” katanya lagi


    Laporan oleh Alyaa Alhadjri, Qistina Nadia Dzulqarnain & N Faizal Ghazali.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah