28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 11, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DAP Sabah berkocak: Bekas pengerusi, SU negeri keluar parti

    Shopee Sale

    Bekas pengerusi DAP Sabah merangkap Adun Tanjong Papat, Frankie Poon (gambar judul) serta bekas setiausaha negeri parti itu, Liau Fui Fui mengumumkan keluar daripada DAP bersama cawangan masing-masing.

    Sementara itu, Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe mengucapkan terima kasih atas khidmat dan sumbangan kedua-dua pemimpin itu, sambil menyatakan harapan agar mereka terus maju dalam perjuangan masing-masing.

    “Saya dan pasukan bersama kepimpinan baharu DAP Sabah akan terus bekerja dengan jujur, rendah hati dan berdedikasi untuk berkhidmat kepada rakyat serta meneruskan perjuangan bagi membina Sabah yang lebih baik untuk semua,” katanya pada kenyataan hari ini.

    Menurut laporan Daily Express, Poon dan Liau berkata keputusan mereka meninggalkan DAP dibuat kerana merasa tidak puas hati terhadap penggantian kepimpinan DAP Tanjong Papat tanpa sebarang rundingan.

    Mereka berkata pendirian itu diambil selepas berbulan-bulan memerhati dan menilai perkembangan dalaman parti.

    Kedua-duanya turut meluahkan kebimbangan terhadap hala tuju DAP Sabah yang dilihat lebih mengutamakan ahli muda manakala mengabaikan ahli veteran yang selama ini memainkan perananan penting dalam membangunkan parti.

    Poon dan Liau menegaskan mereka akan terus berkhidmat kepada masyarakat secara bebas tanpa mewakili mana-mana parti politik.

    Mengulas lanjut, Phoon (gambar bawah) berkata kepimpinan DAP Sabah kini akan menumpukan kepada usaha berkhidmat untuk rakyat Sandakan.

    Dia memaklumkan telah berbincang dengan Setiausaha DAP Sabah merangkap Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Sir Yee, berhubung pengukuhan jentera parti di kawasan itu.

    MENARIK:  KOLUM | Perjuangan sepanjang hayat

    “Saya penuh kepercayaan terhadap kepimpinan Vivian Wong untuk menyatukan dan memperkukuh jentera parti di Sandakan, memastikan kami terus menawarkan idea serta perkhidmatan berorientasikan rakyat, sambil mengekalkan usaha gigih di lapangan,” katanya.

    PKR Sabah turut bergolak

    Pada masa sama, PKR Sabah — rakan sekutu DAP dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) — turut berdepan kemungkinan pergeseran dalaman susulan dakwaan bahawa pemimpin parti di Kuala Lumpur campur tangan dalam kempen pilihan raya negeri dan memilih calon secara paksa.

    Menurut tiga sumber, 17 ketua dan timbalan bahagian PKR Sabah dilapor mengadakan mesyuarat rahsia di Kota Kinabalu malam Khamis lalu, bagi menyuarakan kemarahan terhadap apa yang digelar mereka sebagai “pengambilalihan pusat” ke atas jentera kempen serta senarai calon.

    Pada 6 Oktober, Ketua Menteri sementara Sabah Hajiji Noor, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-17.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual bersidang pada 16 Oktober bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah