29.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adendum: Saya tak sembunyikan apa-apa, kata Zaliha

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Zaliha Mustafa menafikan terlibat dalam menyembunyikan titah adendum yang membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah.

    Zaliha yang merupakan anggota Lembaga Pengampunan, berkata tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah tidak berasas sama sekali.

    “Saya sendiri seperti juga menteri-menteri lain, tidak melihat kepada apa yang disebut sebagai dokumen addendum itu dan saya tidak pun menyembunyikan apa-apa.

    “Saya tidak mahu menjawab soalan ini, saya pun bukan jurucakap kepada kerajaan.

    “Saya juga bukan jurucakap kepada Lembaga Pengampunan," katanya dipetik Malaysia Gazette selepas sesi temu rapat bersama warga emas Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

    Terdahulu, bekas menteri Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Zaliha bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, menyembunyikan dokumen adendum itu.

    Semalam, Zaliha memberitahu media bahawa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan mengenai Najib kekal sulit dan tidak akan didedahkan kepada umum.

    MENARIK:  Puluhan MP Britain desak UK henti eksport ketenteraan ke Israel

    Pada Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Najib meneruskan semakan kehakiman bagi menguatkuasakan titah bekas Yang di-Pertuan Agong agar bekas presiden Umno itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

    Istana Pahang kemudian mengesahkan bahawa Sultan Abdullah menitahkan Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

    Pengesahan itu susulan afidavit yang difailkan pada 5 Dis oleh anak Najib, Nizar yang mendakwa Sultan Abdullah telah memaklumkan kepadanya tentang titah adendum berkenaan.

    Titah adendum itu adalah titah tambahan kepada titah diraja utama yang mengurangkan hukuman penjara 12 tahun Najib dan denda RM210 juta kepada hukuman penjara enam tahun dan denda RM50 juta.

    Hukuman itu adalah berhubung salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan kes pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah