26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abaikan panggilan tak dikenali, elak ‘scammer’ – polis

    Shopee Sale

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, menasihatkan orang ramai agar mengabaikan panggilan yang diterima daripada pihak yang tidak dikenali.

    Beliau berkata ini kerana telah terbukti dengan menjawab satu panggilan berdurasi kurang daripada 10 minit, ia boleh menyebabkan seseorang kerugian puluhan ribu ringgit.

    Untuk itu, beliau menyarankan pihak bank untuk mencari kaedah yang lebih efektif untuk berurusan dengan pelanggan, terutamanya melibatkan urusan melalui panggilan telefon.

    “Pihak bank menggunakan ejen khidmat pelanggan untuk menghubungi pelanggan bagi urusan perbankan mereka dan bagi pengesahan, pelanggan kebiasaannya akan diminta empat angka akhir kad pengenalan.

    “Pengesahan jenis ini adalah mengelirukan, kerana penipu juga menggunakan taktik yang sama.

    "Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan mengesahkan apa-apa maklumat peribadi, kerana ia akan mendedahkan kepada kemungkinan menjadi mangsa scammer,” katanya.

    MENARIK:  ‘Saya panggil nama Zara, pegang pipi, tapi tiada respons’

    Dalam pada itu, Ramli turut mengalakkan orang ramai untuk menyebarkan informasi mengenai taktik penipuan dalam talian pada ahli keluarga, supaya menimbulkan kesedaran.

    “Perkongsian semua jenis modus operanandi (penipuan) dengan ahli keluarga semasa ziarah menziarahi di hari raya di mana sebaran komunikasi secara bersemuka adalah lebih berkesan untuk memberi kesedaran antara satu sama lain,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah