29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Way’ Jadi Batu Loncatan Tembusi Muzik Mainstream, Kolaborasi Unik Aidyl Hr, Pika & Pikabu

    Shopee Sale

    Tiga penyanyi berasal dari Sabah iaitu Aidyl Hr, Pika, dan Pikabu meletakkan harapan tinggi terhadap lagu baharu mereka yang berjudul Way untuk menembusi muzik arus perdana.

    Artikel Berkaitan: Filem Mantera Angkat Kisah Amalan Tradisi Kaum Dusun Di Sabah, Bakal Menemui Penonton 24 April Ini

    Artikel Berkaitan: Stacy Selesa Bermain Dengan Elemen Sabah, Nafi ‘Menyala’ Sindir Mana-Mana Pihak – ‘Ini Bukan Perkara Baharu’

    Ambil masa dua tahun

    Way mendapat sentuhan komposer iaitu j0n dan ia merupakan sebuah lagu yang mengisahkan tentang perjuangan seseorang dalam mengejar impian.

    Menurut komposer berasal dari Labuan ini, lagu tersebut mengambil masa dua tahun untuk dihasilkan. Rakaman juga dilakukan secara berasingan iaitu di Labuan dan Kota Kinabalu.

    Perjalanan untuk menghasilkan sesebuah seni kadang kala mengambil masa terlalu lama dan ada juga yang hanya siap dalam masa satu hari sahaja.

    Sebenarnya lagu ini tercetus apabila kami mengadakan acara ‘jamming’ di Labuan. Kemudian kami hasilkannya secara berperingkat.

    Ilhamnya adalah berkenaan mengejar peluang dalam apa jua hal seperti kerjaya mahupun perniagaan. Kemudian idea itu berkembang menjadi sebuah lagu yang santai dan ceria.

    Ketika disoal tentang pemilihan ketiga-tiga penyanyi tersebut, j0n percaya, kolaborasi mereka dapat membangkitkan lagi elemen unik di dalam lagu ini.

    Format lagu ini memerlukan trio penyanyi dan saya rasa mereka bertiga amat sesuai. Dalam masa yang sama, ia boleh menjadi satu platform untuk mereka terus berkembang sebagai anak seni.

    j0n berkata demikian semasa sesi sidang media khas yang dilaksanakan secara virtual pada Rabu.

    Pertama kali

    View this post on Instagram

    A post shared by 𝐀𝐢𝐝𝐲𝐥 𝐇𝐫 (@aidylhr)

    Menurut Aidyl, Way membuka peluang untuknya mencuba sebuah genre muzik baharu sekaligus berharap agar ia menjadi inspirasi buat semua pemuzik terutama yang berasal dari Sabah.

    Ini peluang kedua yang saya dapat daripada j0n dan ini juga merupakan salah satu cabaran untuk saya kerana sebelum ini saya banyak buat lagu bergenre upbeat dan hip hop.

    Lagu ini membuatkan saya untuk cuba keluar daripada zon selesa dan dapat menghasilkan lirik yang sangat santai.

    Dalam pada itu, Pika yang sering membuat persembahan bersama band korporat di Labuan berkata, Way adalah hasil daripada gabungan suara yang istimewa meskipun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.

    Walaupun kami hanya berhubung melalui WhatsApp, namun hasilnya amat membanggakan. Manakala untuk rakaman muzik video pula, itu adalah kali pertama kami semua berjumpa.

    Membawa genre lagu yang lebih santai, Pikabu turut optimis dengan keupayaan lagu ini yang pastinya akan diterima oleh segenap masyarakat.

    MENARIK:  Dua Akaun TikTok Disekat, Netizen Nasihat Kieda Crepe – ‘Sebenarnya Diam Itu Lebih Baik’ 

    Diterbitkan di bawah label Lab One Entertainment atau Lab1e, Way menjadi lagu debut daripada syarikat terbabit. Justeru, besar harapan j0n agar ia berjaya mendapat tempat di hati pendengar.

    Menerusi lagu ini juga pastinya saya mahu ia menjadi jalan untuk kami menembusi pasaran mainstream di Semenanjung.

    Untuk info, Way kini boleh didengari di semua platform penstriman digital manakala muzik video boleh ditonton di YouTube Lab1e.

    The post ‘Way’ Jadi Batu Loncatan Tembusi Muzik Mainstream, Kolaborasi Unik Aidyl Hr, Pika & Pikabu first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah