25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Watie ‘Back Up’ Shuib Difitnah Tunai Umrah Guna Duit Perkeso – ‘Dia Bertahun Tak Ambil Gaji’

    Shopee Sale



    Pelawak dan usahawan Shuib menerima pelbagai fitnah susulan isu denda RM17,500 kerana tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja.

    Luahan Watie

    Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah tampil mempertahankan Shuib.

    Menurut usahawan berusia 35 tahun itu, suaminya telah berkorban mengeluarkan wang sendiri untuk menampung gaji pekerja.

    Dia bertahun tak ambil gaji. Setiap bulan ‘top up’ duit poket sendiri lagi untuk bayar gaji staf.

    Shuib difitnah

    shuib mesin

    Dalam pada itu, Watie juga memaklumkan bahawa punca berlakunya masalah tersebut adalah kerana pengurusan terdahulu.

    Pengurusan lama yang bermasalah, tapi hujung-hujung dia yang difitnah begini.

    Semoga suamiku diberi ketabahan, insyaAllah dia tahu halal dan haram.

    Maaflah, isterinya emosi sedikit kali ini.

    Terdahulu, Shuib meluahkan rasa kesal apabila seorang warganet mendakwa dia menggunakan duit caruman perkerja untuk menunaikan umrah.

    MENARIK:  Tabung TV3 Terus Setia Bersiaran "Bersamamu" Selama Hampir 20 Tahun

    Difahamkan komen tersebut berkait dengan laporan berita tentang syarikat perniagaan milik Shuib, yang dikenakan tindakan denda tersebut oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah