Pelakon Uqasha Senrose tampil membuat permohonan maaf berikutan membuat hantaran di media sosial miliknya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Harap Kamal Adli Beri Kerjasama, Peguam Dedah Tiada Pujukan
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ini Pengakhiran Uqasha’ – Peguam Dedah Punca Cerai Tiada Persefahaman Dengan Kamal Adli
Mohon maaf

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dilihat turut ditemani ibunya Rosmizai Mohd Noor dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Cerai Coach.
Uqasha mengakui khilaf dan bertanggungjawab di atas keterlanjuran tindakannya yang didakwa terlalu beremosi di media sosial.
Saya dengar semua nasihat awak semua untuk tenangkan diri. Terima kasih juga kepada semua yang menyokong saya terutama dengan apa yang jadi kepada saya baru-baru ini.
Saya kena bertanggungjawab di atas tindakan saya.
Saya mohon maaf di atas semua hantaran dan kapsyen yang telah saya lakukan sebelum ini sehingga mengundang kemarahan semua. Saya tak berniat langsung, saya minta maaf, saya tak patut bercakap tentang perkahwinan saya kepada umum.
Menyesali dengan semua yang telah terjadi, pelakon filem Bisikan Dosa itu mengakui, dia seharusnya mengendalikan masalah yang dihadapi dengan tenang.
Ketika itu saya tidak fikir panjang, terlalu marah sedih dan letih jadi reaksi saya penuh dengan emosi. Saya tak cakap pun itu adalah alasan untuk saya berbuat demikian.
Saya sepatutnya kendalikan semua dengan matang dan secara privasi tapi saya terbuat benda yang saya sendiri tak fikir panjang.
Saya juga ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya.
Justeru, Uqasha mengambil pendekatan untuk bermuhasabah diri dan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting.
Jadi, sekarang saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri dan memperbaiki diri untuk menjadi manusia lebih baik dan paling penting sekali untuk jadi ibu yang baik.
Terdahulu, menerusi hantaran Instagram, Uqasha memuat naik sijil nikah dan mendedahkan percanggahan di antara tarikh majlis akad nikahnya dengan tarikh yang tercatat pada sijil perkahwinan.
Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Imbas kembali, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Sumber: Instagram Uqasha Senrose
The post [VIDEO] Uqasha Senrose Mohon Maaf, Akui Khilaf – ‘Saya Tak Fikir Panjang, Terlalu Marah, Sedih & Letih’ first appeared on OHBULAN!.





