Bekas suami kepada pempengaruh terkenal Jasmin Sopheah, iaitu Fakha, tampil membuat laporan polis susulan penularan sebuah video tidak senonoh yang dikaitkan dengan dirinya.
Artikel Berkaitan: Bekas Suami Akui Silap Menduakan Jasmin Sopeah, Nafi Abai Anak – ‘Tuduhan Itu Runtuhkan Semangat Aku’
Artikel Berkaitan: Kakak Jasmin Sopeah Tempelak Bekas Adik Ipar? – ‘Jadi Lelaki Bukan Sperm Je Kualiti Tapi Maruah, Tanggungjawab Pun Kena Berkualiti’
Fakha buat laporan polis?

Baru-baru ini, seorang individu memuat naik semula gambar salinan laporan polis yang dipercayai dibuat oleh Fakha menerusi hantaran di TikTok.
Difahamkan, foto laporan tersebut pada asalnya dimuat naik oleh Fakha di status WhatsApp miliknya sebelum dikongsi semula oleh kenalannya di media sosial.
Menerusi kenyataan yang ditulis, Fakha mengakui kesilapan yang pernah dilakukan pada masa lalu dan meluahkan kekesalan atas penyebaran video tersebut.
Hari ni aku dibenci, dihina, dan dilabel macam-macam. Tapi aku terima, sebab aku memang pernah silap. Aku tak minta simpati, cuma doakan aku kuat untuk lalui semua ni. Aku tahu, tak ada apa yang boleh betulkan balik apa yang dah terjadi.
‘Kisah nakal aku dulu’

Jelasnya lagi, video tersebut merupakan kisah lamanya yang sepatutnya tidak tersebar kepada umum. Namun, sebagai manusia yang pernah melakukan khilaf, dia hanya mengharapkan ruang untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
Video tu tak patut tersebar… kisah nakal aku dulu. Dan aku sendiri menyesal. Tapi aku juga manusia yang pernah khilaf. Tak minta untuk dimaafkan sepenuhnya, cuma mohon diberi ruang untuk aku betulkan diri.
Terlalu ramai yang cepat menjatuhkan tanpa tahu cerita penuh. Tapi tak apa, aku terima semua ni sebagai teguran dari Tuhan. Aku akan teruskan hidup bukan untuk puaskan hati sesiapa, tapi untuk tebus maruah sendiri. Doakan, insya-Allah.
Terdahulu, video berkenaan tular di media sosial dan mendapat perhatian meluas netizen kerana memaparkan aksi yang dianggap kurang senonoh.
Penularan video itu telah mencetuskan kecaman hebat terhadap Fakha, termasuk menyentuh kembali isu rumah tangganya terdahulu bersama Jasmin Sopheah yang pernah menjadi bualan hangat warganet.
Imbas kembali, Fakha dan Jasmin mendirikan rumah tangga pada Mei 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq.
Namun pada 2024, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai.
Sumber: TikTok
The post ‘Video Tu Tak Patut Tersebar, Kisah Nakal Dulu & Aku Menyesal’ – Bekas Suami Jasmin Sopeah Buat Laporan Polis first appeared on OHBULAN!.





