33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Suami Tak Nak Bagi Ina Naim Duit Raya Sebab Tak Puasa Penuh – ‘Anak-Anak InsyaAllah Dapat’

    Shopee Sale



    Kemesraan pengantin baharu, Ina Naim dan suami, Mohd Khairul Rizal ketika sesi siaran langsung di TikTok baru-baru mencuri perhatian ramai.

    Kenapa isteri tak dapat duit raya?

    Sepanjang satu jam bersiaran langsung, pasangan ini diajukan dengan pelbagai soalan daripada penonton yang bertanyakan tentang kehidupan mereka setelah seminggu bergelar suami isteri.

    Tak dinafikan, Ina dan suami dilihat sangat mesra dan ‘sporting’ saat membaca komen para penonton.

    Sementara itu, Ina dilihat sempat memberi respon terhadap gurauan netizen yang menyuruhnya meminta duit raya daripada suami.

    Sabar lah, belum raya lagi. Nanti masa raya saya minta lah.

    Tidak lama selepas itu, Khairul terus menyambut soalan tersebut sambil bergurau mengatakan Ina tidak ‘layak’ mendapat duit raya kerana tidak berjaya menghabiskan puasa selama 30 hari sepanjang bulan Ramadan.

    Biasanya Ina memang tak dapat duit raya sebab tak puasa penuh. Biasa yang puasa penuh je dapat duit raya. Anak-anak insyaAllah dapat.

    Menjengah ke ruanga komen, rata-rata netizen mengakui suka melihat kemesraan pasangan ini yang saling melengkapi antara satu sama lain.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Berdekah Gelak Tengok Remy Ishak Main ‘Game’ Ayam, Siap Terbaring Lagi!

    Mereka turut menitipkan doa agar perkahwinan Ina dan suami mendapat keberkatan Allah SWT selain memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Tuhan itu adil. Jika ada yang pergi, pasti selalu ada yang datang selepas itu. Jadi, tak perlu risau tentang kehilangan, persiapkan saja penemiraa yang indah untuk setiap kedatangan. Aturan Allah itu yang terbaik.’

    Bagus suami ini, peramah, pandai layan peminat Ina..Moga Ina dan Khairul kekal bahagia selamanya.’

    Terpancar kebahgiaan di wajah Ina. Alhamdulillah semoga kekal hingga jannah.

    Video

    " data-video-id="7436577753622777108">
    @ladywatie Replying to @kireina.imushi ? original sound – Watie Amad | Live Host

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah