26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Kasihan Fazura Teruk Dikecam – ‘Macam Anak Seni Tiada Maruah’

    Shopee Sale



    Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi komen jujur mengenai nyanyian bekas kepada isteri pelakon Fattah Amin iaitu Nur Fazura.

    Pendapat Sharnaaz dengar nyanyian Fazura

    Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, pelakon Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad mengakui bahawa suara akters itu ketika mendendangkan lagu Bertahan Demi Cinta tidak merdu.

    Pelakon filem Polis Evo 3 itu berkata demikian susulan menjawab soalan netizen yang bertanyakan pendapatnya sama ada nyanyian Fazura sedap atau tidak.

    Tak sedap, maaf lah. Kena jawab jujur kan, berdosa tau tipu. Korang jangan tipu. Kalau korang kata sedap, aku kena jumpa Dr. Siva untuk periksa gegendang telinga aku ada masalah ke tidak.

    Dalam pada itu, Sharnaaz juga seakan menyalahkan rakan atau individu yang rapat dengan Fazura yang tidak menegur aktres tersebut mengenai suaranya sehingga nyanyiannya itu menjadi kecaman orang ramai.

    Aku bukan komen, tak, sebab dia pun kawan. Semua orang kawan. Sebab bila dia (Fazura) macam ni, nanti kasihanlah. Tak mahulah kena macam ni sebab kita pun anak seni.

    Bila kita tengok anak seni kita kena hentam macam ni, macam kita ni tak ada maruah pula kan. Tapi tak bolehlah macam tu.

    Walau bagaimanapun, Sharnaaz akui bahawa nyanyian Fazura semasa rakaman sebenarnya sedap didengar meskipun didakwa menggunakan auto tune.

    MENARIK:  "All praises to Allah, for He is Almighty" - Sophia Albarakbah

    Video

    " data-video-id="7434171255202303239">
    @hazrinempire Berdosa tipu!..baik jujur je..? #hazrinempire #sharnaazahmad #fazura ? original sound – Hazrin Empire

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah