31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Setahun Tiada Komunikasi Dengan Diana Dianelle, Farid Kamil Cuba Matangkan Diri – ‘Hanya Terpisah Oleh Dunia & Waktu’

    Shopee Sale

    Pelakon, Farid Kamil mendakwa sudah hampir setahun tidak berkomunikasi secara terus dengan bekas isteri, Diana Danielle sejak bercerai pada 24 Mac lalu.

    Artikel Berkaitan: ‘Kehilangan Kawan Baik Dalam Perkahwinan Adalah Titik Terendah Dalam Hidup Saya’ – Diana Danielle

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perasaan Kasih & Sayang Diana Hanya Saya Yang Dapat Rasa..Ia Masih Kuat’ – Farid Kamil Tetap Nak Selamatkan Rumah Tangga

    ‘Tak tahu nak komen’

    Ketika ditemui , Farid, 44, berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Diana yang menyatakan kehilangan sahabat baik dalam perkahwinannya merupakan titik terendah dalam kehidupannya.

    Saya tidak tahu nak komen apa, tetapi saya ada lagu ‘telah ku cuba untuk berikan bunga’.

    Apa lagi saya nak jawab? Semua telah terjawab sudah hampir setahun.

    Anak saya pun sudah sama tinggi dengan David Teo, jadi perubahan masa tu lebih pantas dan tiada patah balik.

    Dalam pada itu, pelakon filem Anwar itu mengakui sukar untuk melupakan masa lalu tetapi sentiasa berusaha untuk mematangkan diri.

    No moving on, I am growing older and wiser.

    Hubungi sendiri

    Ketika ditanya caranya berkomunikasi dengan anak-anak, Farid berkata dia menghubungi mereka secara terus memandangkan Muhammad dan Aurora mempunyai telefon pintar sendiri.

    Zaman sekarang budak-budak ada telefon pintar sendiri jadi ia tidak sama seperti zaman dulu.

    Tidak ada kegagalan dalam komunikasi hanya terpisah oleh dunia dan waktu yang tidak selari.

    Kami masih membesarkan anak-anak dengan baik dan itu matlamat yang kami sekarang tengah buat.

    Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Penyelesaian Yang Terbaik Datang Daripada Doa Seorang Ibu’ – Fattah Amin

    The post [VIDEO] Setahun Tiada Komunikasi Dengan Diana Dianelle, Farid Kamil Cuba Matangkan Diri – ‘Hanya Terpisah Oleh Dunia & Waktu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah