26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Ramai Tak Faham & Kata Merugikan’ – Suami Heliza Helmi Jelaskan Tujuan Utama GSF

    Shopee Sale

    Suami kepada penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tampil perjelas tujuan dan matlamat misi Global Sumud Flotilla (GSF).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebak & Bangga Dengan Wira & Wirawati GSF’ – Nuha Bahrin

    Artikel Berkaitan: ‘Kami Tidak Pernah Anggap Kami Hero’ – Musa Nuwayri

    Misi & matlamat GSF

    Ketika ditemui , Mahadi akui membaca komen negatif mengenai perjuangan sukarelawan yang menyertai misi GSF.

    Ujarnya lanjut, inidvidu yang berfikirkan sedemikian berkemungkinan cetek pengetahuan mengenai misi dan matlamat sebenar.

    Saya baca komen, antaranya yang berpandangan misi ini merugikan kerana tidak sampai ke Gaza, selain isu-isu berbangkit seperti keperluan menghantar wanita dalam misi ini dan sebagainya. Ramai yang tidak faham.

    Jadi saya terpanggil guna platform media sosial untuk terangkan banyak perkara tentang GSF dan mengapa misi ini perlu diteruskan.

    Bantuan banyak dan sebenarnya kita tidak membazir. Objektif utama, kita nak pecahkan dulu sekatan Israel, kemudian buka mata dunia mengenai kesengsaraan Palestin, selepas itu barulah membuka lebih banyak laluan untuk bawa bantuan ke Gaza.

    Dan ini bukanlah pertama kali GSF ini digerakkan, kali ini sudah masuk 37 kali. Kita kena teruskan untuk raih kesedaran dunia tentang kekejaman Israel dan bantu rakyat Palestin.

    Mahadi berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 bagi menyambut kepulangan isteri tercinta, Heliza Helmi berserta 22 delegasi Malaysia lain pada malam Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Terima Kasih Daddy Buktikan Pada I Kahwin Tu Memang Lagi Seronok Dari Bercinta’ – Watie Hanifiah

    Setia menyokong

    Berkongsi lebih lanjut, Mahadi memaklumkan dirinya sentiasa menjadi penyokong utama jika Heliza memutuskan untuk kembali menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).

    Insya-Allah, dengan adanya strategi dan saluran yang betul, kita akan teruskan ikhtiar untuk membantu rakyat Palestin.

    Tidak dinafikan, apa sahaja boleh berlaku. Tapi yang penting kita kena teruskan usaha dan doakan. Insya-Allah, Allah buka jalan.

    Yang penting adalah kita capai objektif kita untuk membuka mata dunia mengenai kesengsaraan rakyat Palestin dan kemudian pecahkan sekatan Israel agar bantuan sampai ke Gaza.

    Sementara itu, Mahadi meluahkan rasa syukur dan bangga melihat sokongan rakyat Malaysia, terutama dengan laungan ‘Bebas Gaza’ yang bergema di KLIA1 sebagai tanda solidariti kepada Palestin.

    The post [VIDEO] ‘Ramai Tak Faham & Kata Merugikan’ – Suami Heliza Helmi Jelaskan Tujuan Utama GSF first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah