25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rai Aidiladha Bersama, Netizen Puji Shikin Maembong & Chef Wan Jaga Hubungan Baik – ‘Tak Berdendam & Tak Ada Toksik’

    Shopee Sale



    shikin chef wan

    Meskipun sudah berpisah, namun kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong masih mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas mentuanya, Datuk Chef Wan.

    Keluarga harmoni

    " data-video-id="7384278046263512337" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @shikin_maembong

    Raya haji rumah atok Chef Wan ? Atok spontaneous funny even first time jumpa @Cat Farish.. dua-dua kelakar, riuh rumah dibuatnya.. kami borak, makan, gelak.. borak makan gelak sampai petang.. a wonderful, happy cheerful day for us and @AriannaNatasyaoffical .. Tq papa for having us & the endless love ? we love u!! #catfarishfamily #chefwanfamily #farishikin #chefrizfamily

    ? sonido original – SONIDOS LARGOS

    Menerusi video dimuat naik di TikTok, Shikin dan suaminya yang juga selebriti Cat Farish, mengunjungi ke rumah chef terkenal itu ketika sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu.

     

    Raya haji di rumah atuk Chef Wan. Atuk spontaneous funny walaupun baru pertama kali jumpa Cat Farish. Dua-dua kelakar, riuh rumah.

    Dalam masa yang sama, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli kelihatan teruja apabila Chef Wan melayan dirinya dengan sangat baik.

    Saya beruntung sebab papa (Chef Wan) buatkan air kopi.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keluarga Chef Wan dan juga Shikin yang tidak memutuskan pertalian mereka.

    Seronoknya, walaupun dah cerai tapi tetap kekalkan hubungan. Ini yang bagus, tak berdendam dan tak ada toksik.

    Bagus Chef Wan, walaupun dah bercerai tetap melayan bekas menantu dengan baik. Chef Riz pun baik dengan bekas isteri.

    Alhamdulillah, seronok tengok. Teruskanlah menjaga ukhuwah ini. Sesungguhnya banyak kebaikan terutama pada cucu.

    Sekadar info, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai pada Jun 2016.

    MENARIK:  [VIDEO] Momen Wanita India Suap Makanan Pada Pesakit Lelaki Di Wad Undang Sebak – ‘Love You So Much Aunty’

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna. Shikin berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.

    Shikin kemudian mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan Ruffedge itu pada 13 Julai tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah