30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Masih Terima Tawaran Persembahan, Ujian Hadir Dewasakan Saya’ – Naim Daniel

    Shopee Sale

    Meskipun sedang berdepan dengan perbicaraan kes amang seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, penyanyi dan komposer, Naim Daniel meluahkan rasa syukur kerana masih lagi menerima tawaran untuk mengadakan persembahan pada ketika ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Naim Daniel Datang Awal, Solat Subuh Di Mahkamah – ‘Alhamdulillah’

    Artikel Berkaitan: Naim Daniel Fail Permohonan Bantahan Perbicaraan Secara Pautan Video – ‘Mangsa Bukan Lagi Berumur Bawah 18 Tahun’

    Beri tumpuan penuh

    Ketika ditemui , Naim atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata dia kini memberi sepenuh tumpuan menghasilkan lagi karya penulisan lagunya.

    Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran persembahan, namun saya lebih berhati-hati dalam memilih.

    Buat masa ini, saya mahu beri tumpuan penuh terhadap penulisan kerana itu saluran terbaik untuk saya berkarya.

    Ia juga tanggungjawab saya sebagai penyanyi dan anak seni.

    Naim berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Sesyen dan Majistret Putrajaya pada Jumaat.

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesihatan mental, pelantun lagu Sembah itu memaklumkan dia juga menitikberatkan kesihatan mentalnya dengan memastikan dikelilingi dengan orang yang tersayang.

    Saya pastikan sentiasa berada dalam kalangan insan tersayang termasuk keluarga dan rakan-rakan.

    Selain itu, saya juga kekal cergas. Kalau diri sendiri tidak sihat, bagaimana saya mahu jalani hari dengan baik?

    Cukup tidur, fokus dan kekalkan inspirasi dalam penulisan lagu.

    Tidak mudah

    Mengulas lanjut, Naim berkata perjalanan hidupnya pada ketika ini tidak mudah kerana kehilangan beberapa tawaran sepanjang proses perundangan berjalan namun kekal positif menghadapinya.

    Ini bukan perjalanan mudah. Sudah tentu ada perkara yang saya terlepas.
Tapi saya percaya setiap ujian hadir untuk mendewasakan saya. Hidup mesti diteruskan.

    Jadi saya sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah.

    Hari ini, Mahkamah Majistret menetapkan 15, 16 dan 18 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan bagi kes tersebut.

    MENARIK:  Aliff Aziz Mendedahkan Masalah Peribadi Sebagai Punca Hubungan Dengan Ruhainies - 'Membolehkan Kami Mengenali Satu Sama Lain' [VIDEO]

    Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, Naim hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bersama peguamnya bagi menyerahkan dokumen pembelaan berhubung kes berkenaan.

    Pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun 7 bulan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor, kira-kira pukul 8.56 malam pada 19 Mei 2025.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

    The post [VIDEO] ‘Masih Terima Tawaran Persembahan, Ujian Hadir Dewasakan Saya’ – Naim Daniel first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah