Pendakwah bebas dan pempengaruh, Ustaz Lah, memberi peringatan kepada umat Islam mengenai satu malam yang amat istimewa, iaitu malam Nisfu Syaaban.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Lah Peringat Malam Israk Mikraj, Penuhi Dengan Selawat & Ayat Al-Quran – ‘Jom Jadi Orang Yang Terpilih’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jodoh Telah Ditetapkan Tapi Allah Suruh Kita Usaha Cari Dengan Cara Yang Baik’ – Ustaz Adnin
Dua golongan yang terkecuali
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Lah atau nama sebenarnya Abdullah Abdol Razak menjelaskan bahawa malam Nisfu Syaaban adalah malam di mana Allah S.W.T. memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang serta mengurniakan keampunan.
Namun, rahmat tersebut tidak dikurniakan kepada dua golongan yang terhalang daripadanya, iaitu mereka yang melakukan syirik dan mereka yang hidup dalam keadaan bermusuhan.
Kita akan bertemu dengan satu malam yang sangat luar biasa, mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah dan juga Rasul, iaitu malam Nisfu Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban ini, Allah akan pandang hamba-Nya dengan pandangan kasih sayang dan pandangan keampunan.
Kecuali terhadap dua golongan.
Yang pertama, adalah golongan yang syirik.
Golongan kedua pula adalah golongan orang yang bermusuhan.
Tiada amalan ibadah yang ditetapkan

Sehubungan itu, Ustaz Lah menegaskan agar umat Islam tidak menyambut malam penuh keberkatan ini dengan menyakiti hati orang lain atau memutuskan silaturahim, kerana sikap itu boleh menghalang seseorang daripada menerima rahmat dan keampunan Allah S.W.T.
Jangan kita bertemu dengan malam ini dengan keadaan, ada sahabat kita yang terasa, ada silaturahim yang terputus.
Kerana kita akan terkeluar daripada kumpulan yang mendapat rahmat Allah.
Dalam pada itu, Ustaz Lah menjelaskan bahawa malam Nisfu Syaaban turut dikenali sebagai malam mustajab doa seperti yang disebut oleh Imam al-Syafii.
Tambahnya lagi, tiada amalan khusus yang diwajibkan pada malam tersebut, sebaliknya umat Islam digalakkan melakukan apa sahaja ibadah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Pada malam itu juga, merupakan malam mustajab untuk kita berdoa. Seperti yang disebutkan di sisi Imam Syafii.
Tiada amalan khusus yang Allah tetapkan.
Jom bersama mempertingkatkan ibadah, dengan membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan banyak lagi yang boleh kita lakukan.
Sumber: TikTok UstazLahOfficial
The post [VIDEO] Malam Nisfu Syaaban: Rahmat & Keampunan Buat Hamba-Nya, Kecuali Dua Golongan Ini first appeared on OHBULAN!.



#nisfusyaaban #syaaban #mustajabdoa #dakwah #fyp 

