26 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jebat Jayden Tunjuk Skill MMA, Johan Ghazali Puji – ‘Asah Teknik Confirm Padu Nanti’

    Shopee Sale

    Perkongsian pelakon, Sharnaaz Ahmad mengenai aksi anaknya, Jebat Jayden Ahmad dalam seni mempertahankan diri (MMA) di media sosial telah mencuri tumpuan ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Pastikan Kemenangan Itu Diberikan Kepada Filem Ada Kualiti’ – Sharnaaz Ahmad

    Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Jalani Penggambaran ‘Magik Rompak’ Ketika Arwah Bapa Tenat – ‘Fikiran Tidak Di Set’

    Skill tinju

    Dalam perkongsian terbaharu Instagram, Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, dilihat sedang berlatih MMA bersama anaknya.

    Melihat dari gaya, Sharnaaz mengakui Jebat mempunyai kekuatan yang luar biasa bagi kanak-kanak seusianya.

    Dibantainya aku. Bagus power budak ni.

    Semoga berjaya kepada sesiapa yang bakal menerima penumbuknya.

    Baru 7 tahun, dia punya berat penumbuk tu berbisa.

    Netizen puji!

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji aksi lincah Jebat yang dianggap cukup mengagumkan meskipun usianya baru mencecah 7 tahun.

    MENARIK:  Noraniza Idris Dedah Jualan Tiket Konsert Terjejas Tiga Hari, Nafi Pecat Pengarah Persembahan

    Tidak hanya itu, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali juga tidak ketinggalan memberikan pujian selain menyatakan kanak-kanak itu berpotensi menjadi lebih hebat sekiranya tekniknya diasah dengan betul.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Jebat Jayden Tunjuk Skill MMA, Johan Ghazali Puji – ‘Asah Teknik Confirm Padu Nanti’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah