Isteri kepada peniaga air balang di pasar malam, Ah Yauddin Ahmad iaitu Roslina Yusuf dilaporkan telah meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Sewa Rumah Baru, Buka Akaun Bank Bantu Pasangan Warga Emas – ‘Lepas Ni Pak Cik Tak Perlu Naik Tangga Dah’
Artikel Berkaitan: Caprice Bakal Terima Saman Daripada Asyraf Khalid, Minta Maaf Kepada Mangsa-Mangsa – ‘Hari Ini Mereka Menang’
Meninggal dunia

Berita pemergian allahyarhamah itu dikongsi oleh personaliti media sosial dan penyanyi rap, Caprice di laman Instagram miliknya sebentar tadi.
Bagaimanapun, tiada perkongsian lanjut mengenainya setakat ini.
Berat hati medengar berita Puan Roslina telah meninggal dunia. Salam takziah kepada keluarga. Al-Fatihah.
Difahamkan, Puan Roslina disahkan lumpuh dan Ah Yauddin menderita sakit buah pinggang tahap empat.
Sebelum ini, kisah pasangan itu mendapat perhatian orang ramai apabila tular sebuah video memaparkan arwah setia menemani suaminya ketika berniaga di pasar malam.
Tidak ketinggalan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut tampil menghulurkan bantuan dengan menyewa sebuah rumah baharu untuk didiami keluarga itu
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Isteri Pak Cik Peniaga Air Balang Pasar Malam Meninggal Dunia first appeared on OHBULAN!.





