Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie enggan mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan mengatakan dia sudah kembali mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Irma Hasmie Seloroh Mahu Naik Pelamin Lagi, Netizen Titip Doa
Tamatkan zaman janda?

Irma atau nama lengkap Irma Hasmie Ibrahim, 43, berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut kerana risau jika kenyataannya akan disalah tafsir dan menimbulkan salah faham.
Saya minta maaf, hal peribadi saya lebih selesa untuk tidak menjawab. Saya tahu ramai tanya. Walaupun orang tanya secara peribadi atau melalui WhatsApp sekalipun, saya tetap berpegang pada pendirian yang sama.
Bagi saya, lebih adil begitu. Saya rasa sama sahaja, kalau saya beritahu pun, orang akan tetap bercakap. Jadi lebih baik saya berdiam diri.
Mengenai hal ini (status), saya rasa bukanlah untuk diuar-uarkan kepada umum. Bagi saya, yang tahu, tahula. Saya pilih untuk diam sebab bila bercakap pun, nanti jadi sukar. Akan timbul pelbagai tafsiran dan andaian.
Irma berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan filem Hayya 3: Gaza yang berlangsung di Pavillion Bukit Jalil, pada Jumaat.
Bercerita lanjut, ibu dua cahaya mata itu menegaskan keputusan yang diambil adalah untuk menjaga hati banyak pihak termasuk ahli keluarga.
Keluarga saya pun kena jaga, bukan sekadar anak-anak, tapi juga keluarga besar saya. Emak dan ayah dah tiada, jadi saya kena fikir juga tentang ibu, pakcik, makcik dan keluarga sebelah sana. Saya tak nak membebankan mereka dengan isu-isu peribadi saya.
Tentang spekulasi orang, benda itu memang tak boleh dielak. Zaman sekarang, apa pun kita buat, orang tetap akan bercakap. Jadi lebih baik saya jaga percakapan dan elakkan fitnah.
Untuk rekod, Irma pernah mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada 2012.
Pasangan itu dilaporkan berpisah sekitar Disember 2023 sebelum mengumumkan kepada khlayak enam bulan kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syed Irfha,12 dan Irma Nur Naylie,11 yang kini berada di bawah jagaan Erma.
Redza kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim pada April 2024.
The post [VIDEO] Irma Hasmie Respon Dakwaan Sudah Kembali Mendirikan Rumah Tangga – ‘Lebih Baik Saya Jaga Percakapan & Elak Fitnah’ first appeared on OHBULAN!.





