Pelakon Datin Intan Najuwa akui sukar untuk menguruskan anak yang baru lahir tanpa pertolongan daripada pembantu.
Hormat ibu yang ramai anak
Menerusi potongan siaran langsung di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, meluahkan rasa kagum dengan para ibu yang membesarkan anak tanpa menggunakan servis ‘helper’.
Menurutnya, dia tidak kuat untuk menguruskan anak seorang diri.
Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat.
Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir.
Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental.
Pengalaman jadi ibu
Berkongsi lebih lanjut, Intan berkata, walaupun dikelilingi pembantu namun ada kalanya sitausi menjaga Lunara menjadi huru-hara.
Saya yang ada pembantu pun pening.
Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana.
Luna nangis, saya pun nangis.
Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik.
Sampai lupa nak buat apa.
Dalam pada itu, Intan bersyukur diberikan rezeki untuk mengupah pembantu memudahkan urusannya sebagai ibu.