26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Meriahkan Majlis Resepsi Dengan Tradisi Ambo-Ambo

    Shopee Sale

    Pasangan popular, Fattah Amin dan Amira Othman meraih perhatian apabila melakukan tradisi ambo-ambo semasa majlis respsi di Johor Bahru pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fiziwoo Kongsi Konsep Busana Resepsi Fattah Amin & Amira Othman – ‘Setiap Helaian Benang Tulang Belut & Sulaman Ayak Dijahit Dengan Doa’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beli Buah Tangan Dari London, Netizen Puji Fattah Amin Tak Lupa Staf – ‘Siapa Cakap Dia Kedekut?’

    Tradisi ambo-ambo

    Menerusi muat naik di TikTok, ia memaparkan pasangan itu menaburkan gula-gula, duit, dan coklat kepada tetamu.

    Pasangan mempelai itu dilihat gembira melakukan tradisi itu sekali gus menyerikan lagi majlis mereka.

    MENARIK:  Mierul Aiman Tak Kisah Tayang Badan Demi Jayakan Watak, Badan Kekar Bukan ‘Pelaris’ Drama

    Para tertamu juga teruja menyambut taburan gula-gula yang ditabur oleh Fattah dan Amira.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen menyatakan majlis negeri Johor sememangnya meriah keunikan tradisinya yang masih dikekalkan.

    Malah kata netizen, ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana sudah menjadi kebiasaan dalam majlis perkahwinan di Johor.

    Sedikit makluman, perkataan ambo berasal daripada perkataan “hambur” yang bermaksud menabur.

    Difahamkan, ia dilakukan pada akhir majlis perkahwinan dengan tujuan memeriahkan suasana dan membawa kegembiraan serta keberkatan.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Meriahkan Majlis Resepsi Dengan Tradisi Ambo-Ambo first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah