Pelakon Puteri Balqis tampil memberikan penjelasan berhubung status dua jejaka yang kerap dilihat bersamanya, sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Balqis Borong Semua Jualan Remaja Lelaki Buat Netizen Tersentuh – ‘Dia Pernah Hidup Susah, Jadi Dia Faham’
Faris matang

Menurut Puteri Balqis, lelaki yang dikenali sebagai Faris, 25, merupakan ayah tirinya manakala seorang lagi iaitu Didi adalah tunangnya.
Faris adalah ayah tiri saya tapi saya tak suka panggil dia ayah tiri. Dia ialah insan yang melangkah ke hadapan sebagai seorang bapa. Dan ini pun Didi tunang saya.
Mengulas lebih lanjut, Puteri Balqis, 18, memberitahu Faris adalah rakan baik kepada dirinya dan ibu selama lapan tahun sebelum bertukar status.
Kedua-duanya Faris dan Didi adalah orang asing yang langsung tiada pertalian darah dengan saya tetapi kami secara kebetulan mempunyai rupa paras, personaliti dan estetika yang hampir sama.
Pemilik nama sebenar Puteri Balqis Azizi menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, pada petang Rabu.
Ibu sakit mental
Sementara itu, pelakon drama ‘Keluarga Itu’ berkata pada awalnya agak sukar untuk menjelaskan kepada keluarga Didi mengenai keadaan kesihatan ibunya.
Jelasnya lagi, ibunya mengalami gangguan kesihatan mental yang sangat teruk namun dia beruntung keluarga Didi memahami dengan situasi tersebut.
Dulu ketika saya mahu jelaskan keadaan keluarga saya pada Didi agak nak pecah sebab ibu saya perlukan masa kerana ada dia kelihatan normal untuk beberapa jam atau hari.
Tapi ada masa dia seperti kanak-kanak atau seorang tentera.
Dia ada gangguan kesihatan mental yang sangat teruk, tapi nasib baik keluarga mentua memahami keadaan kami.
Ibu saya bukan beban, cuma cabarannya berbeza menjaga seseorang yang selama ini melalui begitu banyak pengalaman hidup yang perit.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Faris Adalah Ayah Tiri, Didi Tunang Saya’ – Puteri Balqis first appeared on OHBULAN!.



@volkov_kafziel @CALCIFER 

