
Busana pelakon Eyka Farhana pada majlis malam resepsi mencuri perhatian wargamaya dengan mengenakan warna putih yang penuh sentuhan elegan.
Busana pengantin dipuji
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat bersama Akhyar sedang menjalani sesi bergambar sebelum malam resepsi bermula.
Pada video yang berdurasi 15 saat itu, Eyka meraih pujian daripada wargamaya dengan gayanya yang ringkas dan minimalis.
Difahamkan, busana yang menjadi pilihan pelakon berusia 30 tahun itu merupakan rekaan daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Cantik dan manis




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan kecantikan pelakon drama Budak Tebing yang luar biasa itu. Selain itu, warganet turut memuji pemilihan busana yang kemas dan tidak terlalu sarat pada malam persandingan.





