Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad memberikan penjelasan berikutan terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan hantarannya di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Permudahkan Urusan Fattah & Amira, Tapi Saya Masih Ada Lagi Satu Rahsia’ – Betty Rahmad
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Kongsi Tip Istiqamah, Paksa Diri Lawan Hasutan Syaitan – ‘Kena Selalu Psiko Diri Sendiri’
Tak masuk campur
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Betty atau nama lengkapnya Norsha Rahmad Ali, mengulas tentang hantaran berkenaan aktres Uqasha Senrose yang dimuat naik baru-baru ini. Betty memaklumkan dia hanya mengagumi kecekalan pelakon itu terutama semasa menjalankan aktiviti perniagaan.
Walau bagaimanapun, Betty mengakui penulisannya mungkin kurang jelas dan disalah erti oleh segelintir warganet.
Hantaran saya sebelum ini pun tidak menyentuh tentang perkahwinan, saya cakap tentang keperibadian Uqasha.
Setiap program yang kami sama-sama sertai, mesti dari pagi sampai malam dia akan jaga booth dan saya sangat kagum dengannya.
Saya bukan cakap benda yang jahat, saya cakap benda yang betul. Tetapi mungkin ada yang salah tafsir. Saya faham dan akui mungkin penulisan saya juga tidak jelas berbeza apabila kita bercakap.
Tak mengapa, saya pun berlapang dada dengan isu ini. Saya tak pernah berniat untuk masuk campur hal perkahwinan atau nak tumpang glamour.
Betty berkata demikian ketika ditemui di program Cahaya Hati 1.0 yang berlangsung di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Bukan salah agama

Dalam masa yang sama, adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima itu turut menegaskan agar warganet tidak menyalahkan majlis ilmu atau agama Islam rentetan isu tersebut, malah dia meletakkan kekhilafan hanya pada dirinya.
Saya tak kisah nak kutuk saya atau keluarga saya tapi jangan cakap orang yang pergi usrah itu tidak berguna. Jangan salahkan agama, yang silap saya bukan agama atau majlis ilmu.
Bukannya saya pergi usrah, sayalah yang terpaling baik. Tidak. Saya pergi majlis ilmu untuk perbaiki diri.
Terdahulu, Betty dihujani dengan kecaman oleh warganet berikutan dilihat sering memberikan pandangan di laman Threads.
Sekadar info, Program keagamaan anjuran One World Muslimah (OWM) itu turut dibawakan oleh MINAZ selaku penaja utama.
Majlis diserikan dengan menjemput pendakwah terkenal Indonesia iaitu Ustazah Dr Oki Setiana Dewi.
The post [VIDEO] Betty Rahmad Hanya Kagumi Kecekalan Uqasha Senrose, Tak Sentuh Isu Perceraian – ‘Mungkin Ada Yang Salah Tafsir’ first appeared on OHBULAN!.





