30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bakal Jadi Kakak Ipar Ke?’ – Adik Bercinta Dengan Qistina Raisah, Ini Respon Pempengaruh

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Mira Rosli atau lebih dikenali sebagai Mira Kuku berseloroh menyatakan adiknya, Afiq Rosli yang dikhabarkan bercinta dengan pelakon, Qistina Raisah masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disahkan Hidap Diabetes Selepas Derita SLE, Pempengaruh Luah Rasa Sedih – ’24 Tahun Tak Minum Manis, Macam Mana Saya Nak Nikmati Hidup?’

    ‘Muda lagi nak kahwin’

    Menerusi potongan klip dari siaran langsung TikTok, Mira Kuku dengan nada bergurau berkata dia tidak akan mendapat adik ipar dalam masa terdekat kerana baginya, Afiq belum mencapai tahap kematangan seorang lelaki.

    Bakal kakak ipar Qistina? Budak dua orang itu, seluar dalam pun ibu bapa yang belikan lagi.

    Afiq dia tu hidup dalam dunia khayalan. Kalau boleh tahun ini dia nak kahwin.

    Sementara itu, Mira Kuku sempat berseloroh meminta netizen mengecam adiknya dengan meninggalkan komen negatif terhadap adiknya sebagai satu cara untuk menyedarkannya.

    Biar dia sedar, sebab dia pun sudah rasa diri dia terkenal.

    Sebelum ini, Qistina menjadi bualan orang ramai apabila dilihat sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka bernama Afiq yang juga merupakan adik kepada pempengaruh, Mira Kuku.

    MENARIK:  Erma Fatima Dilantik Jadi Penasihat Saluran UTV Usanita Enterainment, Buka Ruang Bakat Tempatan Berkarya

    Terdahulu, Qistina meluahkan rasa sebak kerana terlalu terharu dengan usaha kekasihnya yang datang dari Johor Bahru semata-mata mahu memujuk selepas mereka bertikam lidah hampir dua minggu.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Bakal Jadi Kakak Ipar Ke?’ – Adik Bercinta Dengan Qistina Raisah, Ini Respon Pempengaruh first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah